Wednesday 17 October 2012

Wang Lee Hom Mahu Cipta Lagu Untuk Shila Amzah

Wang Lee Hom Mahu Cipta Lagu Untuk Shila Amzah


Selepas menjadi juara untuk ASIAN WAVE 2012, rezeki Shila Amzah memang mencurah-curah.. Terbaru ialah Wang Lee Hom mahu cipta lagu untuk dia.. Penyanyi popular Taiwan itu telah menyuarakan hasratnya untuk mencipta sebuah lagu buat Shila dan perkara ini dimaklumkan sendiri kepada Shila oleh pihak pengurusannya di negara republik itu.. Selain itu, mereka juga mempunyai perancangan untuk mempertemukan Shila dan Lee Hom pada hujung tahun ini..

"Saya dimaklumkan secara lisan bahawa Lee Hom berminat untuk menulis sebuah lagu untuk saya dalam bahasa Mandarin selepas dia melihat saya menyanyikan lagu Forever Love ketika final Asian Wave yang lalu.. Sungguh terharu dan bersyukur apabila seorang penyanyi bertaraf antarabangsa seperti Lee Hom menyuarakan hasratnya untuk mencipta lagu untuk saya.. Daripada zaman sekolah lagi saya sudah meminati lagu-lagunya.. Pada awalnya, Mr Ong ada memberitahu bahawa lagu Forever Love itu tidak cukup kuat untuk dinyanyikan ketika peringkat akhir, namun saya memasang niat sejak awal pertandingan lagi. Jika saya berjaya ke final, saya memang ingin nyanyikan lagu tersebut.." SHILA AMZAH


7 comments:

  1. Alhamdulillah..harumkan nama MALAYSIA di sana

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..harumkan nama MALAYSIA di sana

    ReplyDelete
  3. rezeki shila makin mencurah selepas berhijab :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum eraz...murah rezeki Shila ni kan...:)

    ReplyDelete
  5. Wow so sweet...!Aku nak beli album mandarin Shila yang ori nanti, sebab karang ni tgh angau dengan lagu Shila semasa pertandingan haritu

    ReplyDelete
  6. Shila mmg terbaik!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.