Tuesday 16 October 2012

Anzalna Dikecam dan Dibenci!

Anzalna Dikecam dan Dibenci!



Mesti ramai yang dah tengok CEREKARAMA TV3 : Drama Salahkah Aku lakonan Anzalna dan Sein Ruffedge, Sabtu lepas.. Tapi isu Anzalna dikecam dan dibenci ni bukan sebab drama tu tapi drama Adam & Hawa.. Anzalna fobia apabila aksi menggodanya bersama Aaron Aziz di dalam Adam & Hawa telah dikecam oleh peminat fanatik Aaron Aziz..

"Saya menerima pelbagai tohmahan daripada peminat fanatik Aaron Aziz yang ramai.. Mereka marah dan kecam saya di akaun Twitter milik saya kerana adegan menggoda saya yang menyandarkan bahu dan berpegangang tangan.. Rasa takut dan fobia juga bila alami keadaan begini tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan tidak mempedulikan mereka yang memarahi saya kerana ternyata itu hanyalah lakonan sahaja.. Terus-terang, saya pun malu membawakan adengan tersebut dan saya rasanya ia tidak keterlaluan.. Jika tidak, sebenarnya saya disuruh untuk lebih intim dengan berpelukan, namun saya tidak berbuat demikian kerana saya sendiri agak segan.. Saya faham apa yang peminat Aaron Aziz fikirkan tetapi saya hanya menjayakan watak saya dan saya harap peminatnya akan faham bahawa ianya hanya sebuah lakonan.. Terus-terang saya sendiri benci dengan diri saya bila menonton lakonan saya itu kerana nampak sangat saya perempuan yang menggoda dan jahat. Apatah lagi bila orang lain yang menontonnya.." ANZALNA NASIR

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.