Sunday 5 April 2015

Terkesan dengan GST ?


Assalamualaikum w.b.t.. Bermula 01 April 2015, memang semua rakyat Malaysia terkesan dengan GST yang dikenakan.. Bagi yang gaji ber'kepok'-'kepok', mungkin tak rasa sangat kot.. Tapi bagaimana pula dengan hamba Allah yang tak bekerja kerajaan atau swasta atau lebih tepat hamba Allah yang tidak menerima gaji bulanan.. Ya memang, hidup memang kena diteruskan.. Makan tetap kena makan.. Lambat laun akan biasa dengan harga baru.. 

Lambat laun akan biasa dengan harga baru.. Ya, tapi sebelum biasakan diri tu, mesti la kena berhadapan dengan isu ni sampai la dah biasa kan.. Kita tengok angka 6% tu memang sikit.. Tapi jika dihimpunkan, banyak jugak kan.. Kalau barang-barang yang boleh dielak beli, tak de hal.. Bagaimana dengan barang yang wajib di beli? 

Semua 'bangkit' dengan gambar-gambar yang memaparkan GST pada bil dan resit yang mereka dapat.. Mungkin hanya untuk meluahkan perasaan kan.. Walaupun apa pun yang kita buat, GST tetap diteruskan.. Tapi kalau betul kita rasa ada keraguaan, boleh kemukakan bukti.. Mana tahu berguna untuk kita dan rakan-rakan yang lain..

Rasanya tak semua lagi kot yang faham akan APA ITU GST.. Bagi yang faham, mungkin mereka akan biasakan diri.. Tapi yang belum faham, mereka akan sentiasa bercakap tentang APA ITU GST sampai la isu ni tamat.. Apa-apa pun, terpaksa lah redha.. Apa lagi mau tulis? Errrrmmmm...

#Terpaksa terima

1 comment:

  1. sangat terkesan..kmi yg mengajar di borneo ni. tiket dah mahal.tmbah lgi gst. sen2 mencacatkan statement bank.hmm ;(

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.