Saturday 20 October 2012

TERKINI FINAL PIALA MALAYSIA 2012 : Penyokong Kelantan Maut Motosikal Terbabas

TERKINI FINAL PIALA MALAYSIA 2012 : Penyokong Kelantan Maut Motosikal Terbabas


Berita terkini yang E'raz dapat baca petang ni.. Terkejut jugak.. Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut dan kawannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di Kilometer 328, Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, pagi tadi..

Kejadian ni berlaku pukul 9 pagi.. Mangsa bernama, Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.. Mangsa dan rakannya dikatakan dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM malam ini..

Sumber : UTUSAN

Ucapan Takziah untuk keluarga mangsa dan marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa serta doakan semoga kawan mangsa cepat sembuh..

1 comment:

  1. Takziah.. ehm dala hujan petang2 cmner la diowg nk main..anyway Ms sokong ATM hehe^^

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.