Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts
Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts

Thursday, 19 April 2012

Magik Ziana Zain-Azlan Typewriter : Takkan Ada Lagi?

Takkan Ada Lagi Magik Ziana Zain-Azlan Typewriter


Meskipun kolaborasi bertenaga antara diva pop, Ziana Zain dan penyanyi bersuara nyaring, Azlan The Typewriter ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) telah menjadi bualan hangat.

Tetapi menurut Azlan, gandingan magik berkenaan disifatkannya cukup istimewa lagi sempurna. Namun tidak bermakna ianya akan berulang buat kesekian kalinya dalam mana-mana acara, apatah lagi dalam sebuah album.

"Apa yang telah anda saksikan di ABPBH 2011 adalah sebuah persembahan yang cukup mahal dan ianya hanya boleh dibuat sekali sekala.

"Saya tak rasa magik yang sama akan berulang sekiranya kami digandingkan sekali lagi," katanya yang ditemui portal murai.com.my selepas majlis perlancaran klip video lagu Idola yang dinyanyikan Azlan sendiri untuk filem muzikal Hoore! Hoore!

Ziana Zain dan Azlan telah digandingkan untuk menyanyikan lagu Anggapanmu dan Lagu Untukmu pada malam kemuncak ABPBH 2011 di Genting Highlands, baru-baru ini.

Azlan mengakui, kuasa yang ada pada Ziana Zain sangat kuat, sehingga dia tidak sedar bahawa persembahannya pada malam kemuncak berkenaan telah mendapat tepukan bergemuruh daripada penonton.

Malah katanya, ketika dua sesi latihan bersama pelakon Maria Mariana sehari sebelum acara, tidak banyak keistimewaan terjadi, namun apabila di atas pentas sebenar, semuanya berubah bagaikan mimpi.

Menyifatkan Ziana Zain sebagai Queen of Rock, Azlan sangat terharu apabila diberikan kesempatan bergandingan dengan penyanyi lagenda berkenaan yang juga merupakan idolanya sejak di zaman remaja.

"Bagi saya, dia (Ziana Zain) adalah lagenda dan saya tidak menyangka, dalam usia begitu dan sudah bergelar ibu, Ziana Zain masih bertenaga serta masih mampu membawakan lagu Anggapanmu dengan menggunakan key asal lagu berkenaan.

"Jadi, jika ada orang kata Ziana Zain tidak boleh menyanyikan lagu-lagu asalnya, saya boleh katakan dakwaan itu salah. Ziana Zain telah berjaya membuktikan dia masih hebat seperti dulu," katanya.


Video Persembahan mereka di ABPBH :

--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Tuesday, 10 April 2012

ABPBH 2011 : Pemenang Kategori Online (5 Kategori)

- Kategori Artis Asia Paling Popular, Artis Lelaki Paling Popular, Artis Wanita Paling Popular, Artis Lelaki Anggun Bergaya, Artis Wanita Anggun Bergaya -


Sedia maklum, ABPBH 2011 kali ni menganjurkan 5 Kategori Online. Pemenang dipilih berdasarkan undian secara online di laman web rasmi ABPBH 2011. Dan pemenang-pemenangnya :

Artis Asia Paling Popular
Super Junior

Artis Lelaki Paling Popular
Aaron Aziz

Artis Wanita Paling Popular
Stacy

Artis Lelaki Anggun Bergaya
Adi Putra

Artis Wanita Anggun Bergaya
Ziana Zain


INFO ni aku dapat daripada Berita Haria hari ni..


--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Monday, 9 April 2012

Lagu Untukmu Dan Anggapanmu : Azlan Typewriter Dan Ziana Zain (ABPBH 2011)

Lagu Untukmu Dan Anggapanmu : Azlan Typewriter Dan Ziana Zain (ABPBH 2011)

Ingat la persembahan semalam? Ini salah satu persembahan menarik yang ada dalam ABPBH semalam.. Lepas dengar lagu Laguku Untukmu tu, teringat masa Lan perform dengan Dato' Siti Nurhaliza masa di AJL.. So layaaannnn...



--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :
Read more ...