Saturday 30 January 2016

Bila Zara Main Sticker

Assalamualaikum w.b.t.. Biasa la kalau budak-budak dalam peringkat tumbesaran.. Mula-mula dulu hanya belikan buku mewarna.. Pensel warna dah berapa kali beli kot.. Ada juga yang orang hadiahkan.. Hilang satu persatu dalam kotak barangan dia.. Kalau kumpulkan balik, insyaallah lengkap warnanya.. Bila dah beberapa kali beli buku mewarna, sampailah satu masa tersilap beli yang ada sticker di tengahnya.. Haa... Mula lah episod baru.. Tapi mewarna tu tetap diteruskan.. Nampak macam Zara happy sangat-sangat bila mewarna.. Fokus je.. Sebab di nursery, pengasuh mereka bagi pensel warna dan kertas mewarna sebagai salah satu aktiviti mereka..


Ok, berbalik bab sticker.. Sebenarnya Eraz sendiri pun tak tahu kenapa tak suruh Zara tampal di buku mewarna.. Yang pasti masa tu di rumah Tok Ma dia.. Mungkin tak bawak buku mewarna kot.. So terpaksa la suruh Zara main tampal di powerbank.. Daripada dia main tampal di dinding or pintu, better la di powerbank papa or mama kan.. Hehe.. Tapi bila melihat anak excited dalam melakukan aktiviti yang dia suka, memang kita sebagai ibubapa sangat happy.. Tumbesaran depan mata dengan positif salah satu perkara yang buat hilang penat dalam hidup dalam sehari-hari yang stress.. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.