Monday 18 January 2016

Putera Valley Resort | Tanah Merah

Putera Valley Resort - Assalamualaikum w.b.t.. Sebagai seorang yang lahir dan membesar di daerah Machang Kelantan, memang selalu lalu kawasan Jalan Kenerak, Highway Machang - Jeli, Tanah Merah ni.. Kami lebih suka panggil kawasan ni, kawasan Tepi Sungai sebab dekat dengan laluan Sungai Kelantan dan laluan utama ke Tanah Merah kalau dari Machang, PAsir Puteh, Kuala Krai, Gua Musang dan lain-lain daerah la.. Kadang-kadang orang Kota Bharu pun lalu ikut sini selain ikut laluan Pasir Mas.. Kalau musim perayaan, memang tak payah nak cerita la.. Kalau boleh elak, better elak.. Tak mustahil sangkut berjam-jam di situ sahaja.. Hehe..

By the way, memang dah perasan signboard Putera Valley Resort di tepi jalan.. Sebelum kawasan tu membangun lagi.. Tapi tak sure pulak bila Putera Valley Resort ni akan siap kan.. Sekali hari ini adik ipar ada share satu entri ni facebook tunjuk gambar-gambar suasana di Putera Valley Resort.. Menarik.. Jarang-jarang ada di Machang atau Tanah Merah.. Semestinya ramai yang belum pernah sampai ke sana walaupun orang Kelantan.. Dikatakan resort ni complete, selain swimming pool dan tempat mainan kanak-kanak, aktiviti lain macam kayak, flying fox, atv, paintball semua ada.. Nampak luas betul.. 

Berharap lepas ni dapat ke sana dan review mana patut.. Dan boleh la cerita di blog erazfadlidotcom ni kan.. Juga di media sosial.. Insyaallah.. Teringin nak bawak Zara, Adam dan wife serta family lain ke sana.. Tambahan pula dekat dengan kampung walaupun sekarang tinggal di Kota Bharu.. Tunggu reviewnya lepas ke sana..








Kredit Gambar : Cempedak Cheese

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.