Sunday 10 January 2016

Aku Pilih Kamu | Samarinda TV3

Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama rasanya nak buat entri pasal drama 'Aku Pilih Kamu' ni.. Sejak ditayangkan dalam slot Samarinda TV3 bermula 09 Disember 2015 lepas, memang tak pernah terlepas tengok.. Kalau rasa mengantuk atau ada hal lain, memang dah siap-siap rekod.. Al-maklum la tayang pukul 10.00 malam kan.. Lakonan yang paling berkesan ialah Dayana Roza.. Watak Qasya memang 'sampai' kepada penonton.. Kesian giler tengok dia.. Lagu OST bertajuk 'Kasih Dalam Hati' nyanyian Ippo Hafiz juga berjaya menyampaikan perasaan untuk drama ini..

Dayana Roza

Hafidz Roshdi - Watak Rizman (Suami Qasha)

Pada yang belum sempat tengok drama ini, ini Eraz sertakan sinopsis.. Pelakon pun ramai yang ok.. Watak sorang-sorang memang berkesan.. Selain Dayana Roza dan Hafidz Roshdi, pelakon lain yang terlibat ialah Fazren Rafi, Arash Mohd, Zila Bakarin, Siti Elizad Sharifuddin, Ryzal Jaafar, Sasqia Dahuri, Nana Lisa, Ikhlas Jalil dan Zalfa Zin..

Drama Aku Pilih Kamu mengisahkan tentang Qasya Azara yang kematian ibunya ketika berusia 12 tahun. Ayah Qasya pula jarang berada di rumah kerana kerap ke luar negara atas urusan perniagaan. Akibat dari itu Qasya dan kakaknya terpaksa berpisah kerana ayah Qasya tidak mampu menjaga mereka berdua. Kakak Qasya dihantar ke kampung untuk tinggal bersama nenek mereka.

Qasya pula tinggal bersama ayah, ibu tiri dan dua adik tirinya yang lain. Mereka selalu mendera Qasya dan ibu tirinya pula telah menghalaunya dari rumah.

Hendak dijadikan cerita, Qasya telah dijadikan anak angkat oleh  Dato Mizal dan Datin Rosnaida. Dato Mizal dan anak sulungnya Adam, amat menyayangi Qasya tetapi Datin Rosnaida dan dua lagi anaknya Farouk dan Rizman amat membencinya. Qasya kerap dihina dan dikasari oleh mereka bertiga.

Perkara ini berlanjutan sehingga Qasya dewasa. Tetapi Qasya tetap bertahan kerana kasih sayang dari Adam dan Dato Mizal.

Pada suatu hari, Dato Mizal telah meminta Qasya untuk bernikah dengan Rizman. Dato Mizal mengharapkan pernikahan itu dapat merubah perangai Rizman. Permintaan Dato Mizal di patuhi oleh semua ahli keluarganya. Qasya juga menerima permintaan tersebut dan menganggap ianya jodoh yang telah Allah tetapkan untuknya biarpun dia tahu Rizman begitu membencinya.

Perkahwinan antara Qisya dan Rizman begitu mengecewakan Adam. Dia bertindak untuk keluar dari rumah dan merantau untuk mencari ketenangan diri. Rizman pula menganggap Qisya berkahwin dengannya hanya kerana ingin membolot harta Dato Mizal.

Dalam masa yang sama, Datin Rosnaida sukakan seorang wanita muda bernama Isabel. Dia ingin Rizman dan Isabel disatukan. Dia cuba memutuskan perhubungan Qasya dan Rizman dan merancang dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Tanpa ada pilihan lain, Qasya terpaksa menerima Isabel sebagai madunya. Setiap hari dia diseksa oleh Rizman dan Isabel. Apa akan terjadi kepada kesudahan drama ini. Tabahkah Qasya untuk melalui semua dugaan lebih-lebih lagi bila dia mengetahui bahawa Isabel adalah anak tiri kepada ayah kandungnya.

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.