Friday 29 January 2016

Buat Rekabentuk Pelan Lantai Sendiri ?!

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau semalam Eraz ceritakan pasal Sampai Masa Untuk Miliki Rumah Sendiri, kali pasal pelan lantai.. Jujurnya kami sendiri mulanya blank masa mula-mula decide untuk dirikan rumah dan dapat buat appointment dengan kontraktor.. Tapi fikirkan logik dalam fikiran, kami sediakan juga pelan lantai contoh yang boleh diberikan kepada kontraktor tengok.. Design kami tu boleh dikatakan ok dan diterima oleh mereka tetapi ada la kena ubah sana sini sikit.. Lepas beberapa hari..

Selepas beberapa hari, pihak kontraktor telah menghantar hasil pelan lantai yang telah diubah mengikut kesesuaian keluasan yang sepatutnya.. Ada sedikit perubahan.. Sebagai orang yang nak duduk di situ, mesti la nak kepuasan dan hak kita sebagai pelanggan kan.. So minta bagi masa satu dua hari untuk ubah semula.. Bila lepas office dan anak-anak tidur, mula la suami isteri ni ambil pensel, kertas kosong dan pemadam, lakar ubah mengikut apa yang kami nak.. Alhamdulillah, malam tu juga dapat yang ada dalam fikiran..

Esoknya terus email pada kontraktor.. Email lukisan yang dah cantik buat dengan pembaris semula.. Nak guna Microsoft Visio, malangnya dalam pc ni tak de.. So lakar je la.. Cantik la juga hasilnya dan mereka yang akan bertanggungjawab tu faham.. Lepas email, 2, 3 hari lepas tu, kami dapat yang betul-betul punya.. Alhamdulillah ianya sama dengan apa yang kami nak.. So setakat itu, memang complete siap untuk pelan lantai bakal rumah kami..


Sejak nak buat rumah ni, memang banyak info dan ilmu baru yang kami dapat.. Ya la, semuanya kan belajar melalui pengalaman.. Tali ukur memang siap ada dalam beg kerja.. Malam masa buat pelan lantai tu, memang pergi ukur situ sini untuk kepuasan.. Wife pun membantu sebab kami memang sama-sama memberi idea.. Tidak la kata wife hanya menyerahkan kepada Eraz.. Dan dalam masa yang sama, Eraz juga bertanyakan pendapat ke wife..

Bab-bab deco nanti, memang kami dah ada bayangan.. Apa yang nak diletakkan di living area.. Dining area.. Family area, Kitchen serta washing area.. Tak semua rumah ada washing area.. Tapi kami decide adakan washing area dan stor supaya senang untuk basuh kain, jemur kain dan simpan barang.. Bilik kosong memang ada extra satu, tapi tak nak buat simpan barang kan.. Semoga ianya berjalan lancar..

Next : Pelan 3D

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.