Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 9 January 2016

Bila Zara Faleesya Bergaya !

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni, tak tahu kenapa, bila nampak baju kurung je, dia mesti akan minta nak pakai baju kurung.. Suka sangat bergaya dengan baju kurung.. Semalam pun tidur dengan baju kurung.. Yang dalam gambar ni pula koleksi terbaru Zara.. Tok'Ma dia baru je siap jahitkan.. Dan esokknya terus dia minta nak pakai lepas mandi pagi.. Yang tak tahu tu, baju kurung zaman dia kecik dulu pun dia minta nak pakai.. Sampaikan kain tu dah nak sampai paras lutut.. Kalau kata cantik, mesti tersipu-sipu malu.. Haha anak papa..

"Kalau tadi melayan anak teruna, sekarang layan anak dara nak ber'photoshoot' dengan baju baru hasil jahitan Tok'Ma" - erazfadli

Kalau dulu, tak kisah la baju seluar yang papa or mama ambilkan.. Semua pakai.. Tapi sekarang dah pandai nak pilih sendiri.. Kalau dia suka baju tu, memang suka la repeat pakai.. Kalau papa yang pilih, satu baju tu boleh pakai dua seminggu kot kalau basuh.. Tapi Mama dia ingat baju mana yang sudah dipakai minggu tu atau belum.. Itulah beza nya Papa dan Mama..

#Pose di atas tu, Papa yang ajar.. Hehe..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.