Tuesday 19 January 2016

Aku Pilih Kamu Episod Akhir

Aku Pilih Kamu Episod Akhir | Assalamualaikum w.b.t.. Rupa-rupanya malam ni sudah episod akhir untuk drama slot Samarinda, Aku Pilih Kamu.. Serius, ini salah satu drama yang Eraz memang tunggu nak tengok sampai habis.. Mungkin happy, mungkin juga sebaliknya.. Episod semalam memaparkan babak-babak yang sedih serta gembira.. Sedihnya bila Dato Mizal meninggal dunia disebabkan kemalangan dan peristiwa itu berlaku selepas Qasha diperangkap oleh Datin Rosnaida. Farouk dan Isabel yang menampakkan Qasha menggoda Farouk sehingga ke bilik tidur..

Aku Pilih Kamu Episod Akhir
    Dayana Roza

Selepas berlaku sedikit kekalutan semasa Qasya bercakap dengan Datin Rosnaida semasa pembacaan wasiat, Qasya telah dihalau oleh Farouk walaupun meminta belas kesian dari suaminya, Rizman dan kakak iparnya, Nadia.. Mereka berdua dalam keadaan serba salah samada percaya atau tidak akan peristiwa sebelum ini.. Akan tetapi rahsia Isabel dan Farouk terbongkar apabila Datin Rosnaida yang sedikit kurang siuman telah memberitahu Nadia bahawa mereka telah memerangkap Qasya dan Nadia telah memberitahu pula kepada Rizman..

Aku Pilih Kamu Episod Akhir
    Hafidz Roshdi - Watak Rizman (Suami Qasha)

Qasya dihalau dan terus drive ke KL pergi ke rumah Tan Sri Zainal dan selepas pada itu, kebenaran bahawa Qasya adalah anak kandung Tan Sri Zainal terbongkar selepas ternampak Qasya bercakap dengan arwah ibunya melalui gambar yang ada didalam bilik.. Scene akhir juga memaparkan bagaimana Nadia tahu yang Qasya merupakan adik kandungnya sangat beremosi.. Apa jadi malam ni? Kena tunggu Aku Pilih Kamu Episod Akhir !

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.