Saturday 23 January 2016

Kobis Pedas | Pemenang Tempat Pertama Juara Parodi

Assalamualaikum w.b.t.. Disebabkan belum lagi melelapkan mata, jadi sempat la tengok program final Juara Parodi malam ni.. Sejujurnya tak pernah boleh faham bagaimana program Juara Parodi ni muncul.. Tapi mungkin bermula dengan satu idea yang kecil, ianya bercambah ke satu program yang besar.. Lagi-lagi dapat menghimpunkan pelawak terkenal bersama penyanyi yang juga terkenal.. Itu mungkin salah satu faktor yang boleh menarik perhatian penonton.. Tapi korang yang membaca ni tengok ke program Juara Parodi ni? Patutkah ada musim kedua? Itu terpulang kepada jawapan masing-masing..

Malam ni sudah peringkat akhir.. Mengikut info yang Eraz google tadi, dari sepuluh kumpulan, ianya dikecilkan kepada tujuh kumpulan setelah bertarung beberapa minggu.. Mereka yang berada di Top 7 dengan markah terkumpul, akan layak ke peringkat Separuh Akhir.. Selepas itu, di peringkat Separuh Akhir pula akan berjuang untuk menempatkan diri ke Top 5 yang mana akan ke final.. Tapi kumpulan yang layak ke final itu ialah Kobis Pedas, Abang Face, Juri, Slumber Blur dan Righthanded.. 


Apa tarikan yang buat Eraz buat entri ini? Katanya ramai yang menjangka Abang Face yang akan menjadi juara.. Tapi akhirnya rezeki itu sebenarnya milik Kobis Pedas.. Selepas diumumkan sebagai juara, sememangnya terserlah di wajah Misha Omar dan Tauke yang terkejut dan dalam masa yang sama, semestinya kejuaraan ini membuatkan mereka lagi merindui arwah Pak Yus.. Walaupun tak pernah tengok persembahan penuh Kobis Pedas, semestinya keputusan juri itu adil dan bab nyanyian, siapa yang tak kenal Misha Omar kan.. Lucu jugak sebenarnya Misha ni.. Kebelakangan ini, banyak betul program yang Misha join.. Seolah-olah comeback.. 

#Rindu juga nak dengar suara Misha Omar dengan lagu seakan-akan Bunga-Bunga Cinta

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.