Sunday 31 January 2016

Maharaja Lawak Mega 2016 | Masih releven ke?

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dah mula program Maharaja Lawak Mega 2016 rupanya.. Memang dah dengar yang program musim tahun 2016 ni akan bermula tak lama lagi, tapi tanpa sedar, Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Pertama telah pun berlalu.. Kalau dulu memang rekod siap-siap sekarang? Hehe.. Masih releven ke lagi program Maharaja Lawak Mega? Atau ada mana 'tempat' yang perlu di baiki? Korang rasa?


Pertama sekali, peserta.. Rasanya senarai peserta memainkan peranan.. Dengan hilangnya Nabil, Johan, Zizan, arwah Pak Yus, Jihan Muse, Kumpulan Zero, Sepahtu dan nama-nama yang senonim dengan program Maharaja Lawak Mega, rasanya Maharaja Lawak Mega 2016 akan menjadi sedikit suram.. Pengacaranya dah ok.. Dato' AC di antara yang terbaik.. Mungkin senarai peserta tidak membuatkan penonton rasa tertunggu.. Sebab tak tengok Minggu Pertama baru ni, so tak tahu sambutan dari penonton di dewan yang berlangsung..

Dengarnya Ziana Zain, Shaheizey Sam. Najip Ali dan Bunga Citra Lestari telah dipilih menjadi juri.. Tak nak la komen bab juri.. Rasanya perkara biasa dalam pemilihan kerana memerlukan juri dalam pelbagai backgroud.. Ya la, kalau panggil geng sendri, kang bias pulak kan.. Tapi serius,di mana sebabnya Eraz rasa Maharaja Lawak Mega 2016 kali ni sangat hambar pada permulaan walaupun tak tonton?

2 comments:

  1. betul tu..sebab peserta kurang didedahkan kepada umum sebelum maharaja lawal mega bermula..lagipun, promosi yang sangat skejap sbelum mlm musim baru ni..sebab tu macam tpinga-pinga skejap

    ReplyDelete
  2. tapi first week aritu okey lah jugak .. ain bagi 3 HA . hahaha

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.