Friday 15 January 2016

Filem Cikgu Online | Datuk Seri Vida

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ini ada terbaca yang Datuk Seri Vida akan menerbitkan satu filem kisah benar yang berkisahkan kehidupan dia dari awal hingga ke hari ini.. Ok, lepas baca artikel tu memang rasanya mungkin sesuatu yang bagus la kan.. Mana la tahu dapat memberi inspirasi kepada penonton akan susah payah beliau untuk berjaya hari ini.. Bab bajet, mestinya tidak akan menjadi satu masalah kepada beliau.. Bab mencari pengarah, pelakon dan crew yang terbaik pun semestinya ok.. Korang ada baca siapa pengarah dan pelakon pilihan Datuk Seri Vida sendiri?


Antara pelakon wanita yang akan membawakan watak Datuk Seri Vida sendiri juga menjadi pilihan Datuk Seri Vida sendiri ialah Zahirah Macwilson, Jihan Muse, Anzalna Nasir dan Emma Maembong.. Siapa di antara mereka jadi pilihan? Haha.. Heronya pula di senaraikan ialah Nabil Ahmad, Zul Ariffin, Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad.. Nampak dari senarai, semuanya dah ada nama tersendiri bagi yang senior sudah popular dalam bidang masing-masing.. Dan bagi senarai pelakon baru, pun ada kelebihan masing-masing.. Kalau bab pengarah, pilihan utama Datuk Seri Vida ialah Ghaz Abu Bakar..

Apa-apa pun, belum ada sebarang sidang media lagi tentang bakal filem kisah benar Datuk Seri Vida ni yang kemungkinan besar bertajuk Cikgu Online.. Tentang tajuk ni, tak mustahil akan berubah.. Contoh macam Love, Supermoon.. Semasa pengambaran, di war-war kan tajuk filem tu bertajuk Pengapit.. Tapi masa dilancarkan, ditukarkan ke tajuk Love, Supermoon.. So kita tunggu dan lihat..

1 comment:

  1. asalam Eraz..rindulah dengan awak ni..wah hebat lah dia ..rezeki dial tu Eraz..tak apa dah rezeki dia. kita tumpang bersyukur..alhamdulillah..dia banyak bersedekah juga..terbaik Datuk Vida

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.