Tuesday 5 January 2016

Bila Adam Fitri Dah Mula Menggigit


Caption Instagram : "Ini gmbr sbelum #AdamFitri gigit pipi papa dia! Adoi.. Sekarang dah tertidur.. Sng je dia tertidur.. Cool anak papa.. Mood : Cuti Ganti bersama anak2.. Kakak #ZaraFaleesya? Duk tgk #UpinIpin.." - Sumber  : Instagram erazfadli

Assalamualaikum w.b.t.. Inilah anak lelaki.. Kalau Kakak Zara dulu, rasanya tak de kena gigit kat lengan, kaki ke, pipi ke.. Tapi Adam Fitri ni, dengan berbekalkan satu gigi di bawah tu, dah mula gigit sana sini.. Tapi itulah perkara biasa.. Adam Fitri baru naik satu gigit dan orang tu kata tengah gatal gusi.. So mula la dia mencari sesuatu untuk digigit.. Kalau brestfeeding, ibu la jadi mangsa.. Papanya mula, semalam memang first time dia gigit pipi.. Mula-mula bagi anak gigi, tapi bila rasa sakit, stop la.. Haha..

Masa ni la anak-anak ini pernah Teether untuk biarkan dia gigit itu ini tapi kena make sure benda tu kena bersih la.. Tapi sekarang ni, memang dah banyak di jualan teether.. Pelbagai jenama ada.. Nak bagi yang Zara dulu, memang sah-sah dah tak de la.. So beli la satu dua bahan teether untuk Adam Fitri kali ni.. Jujurnya, tumbesaran anak lelaki dan anak perempuan ni memang berbeza.. Boleh nampak bezanya dari kecil.. Tak sabar nak tunggu Adam Fitri dah mula boleh duduk dan berjalan..

1 comment:

  1. hye adam fitri.. gatal gusi nak tumbuh gigi ye.. dah nak besar menggigit sakan laa dya.. hehehe..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.