Sunday 14 October 2012

Al-Fatihah Untuk TN. HJ. ZAID BIN MUHAMMAD

Al-Fatihah Untuk TN. HJ. ZAID BIN MUHAMMAD

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua.. Mesti ramai yang cuti hari ni.. Sama la macam Eraz.. Jumaat Sabtu kerja dan hari ni sehari, dapat la cuti.. Topik utama entri khas ialah Al-Fatihah Untuk TN. HJ. ZAID BIN MUHAMMAD.. Mesti korang tak kenal siapa insan yang Eraz sebutkan di atas kan..

Beliau merupakan salah seorang pelajar Master of Education di Pusat Pembelajaran Kelantan, Open University Malaysia yang berumur 69 Tahun.. Semalam Eraz mendapat call daripada big boss memberitahu yang Hj Zaid telah meninggal dunia.. Beliau merupakan seorang pengajar di PUSAT PENGAJIAN PONDOK YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) BACHOK KELANTAN.. Terkejut sebab hari Jumaat tu (sehari sebelum) baru sahaja berjumpa dengan dia untuk satu urusan.. Apa-apa pun, ajal dan maut di tangan tuhan.. Seriusnya memang Eraz terkejut bila dengar berita tu..

Beliau salah seorang pelajar yang sangat bermotivasi, tak pernah ada sikap putus asa dan dia hanya tinggal 2 semester sahaja lagi untuk habis.. Subjek yang tinggal hanyalah Master's Project.. Tapi apa kan daya, tuhan sayangkan beliau dan memjemputnya pulang lebih awal sebelum beliau menamatkan pengajian untuk Master of Education di OUM.. Beliau banyak menjadi inspirasi kepada orang-orang muda kerana di usianya, beliau masih bersemangat menyambung pelajaran..

Salam takziah kepada keluarga beliau dan sama-samalah kita sedekahkan AlFatihah kepada beliau.. Al-Fatihah..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.