Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 4 July 2017

Perlukan Kereta Yang Lebih Besar Ke?

Assalamualaikum w.b.t.. Bila travel ke luar Kelantan untuk beberapa hari, terus terfikir akan anak-anak serta bagasi.. Cukup ke dalam bonet? Selesa ke anak-anak.. Ya la, barang mungkin boleh adjust.. Tapi anak-anak, kesian la kalau tak selesa.. Memang dah ada yang suggest supaya beli kereta yang lebih besar.. Tapi pendapat sendiri, lain pula.. 

Alhamdulillah.. Kereta yang Eraz pakai sekarang dah habis bayar loan bank.. So memang tak terikat dan bulan-bulan dah bebas dari hutang.. Lega.. Keadaan kereta pun alhamdulillah sangat ok.. Tak pernah buat hal.. Sekali sekala tu ada la.. Biasa kalau kereta dah habis bayar kan.. Tak boleh lari dah.. Kereta wife pula, ...

Kereta wife pula pun sama juga.. Alhamdulillah dah habis bayar.. Walaupun tak besar, tapi cukup untuk wife drive pergi kerja dan bawa tempat-tempat sekitar Kelantan ni.. Alhamdulllah juga tak buat onar sangat.. So rasa macam sayang giler la pada dua-dua kereta ni..


Gambar di atas tu masa on the way balik ke Kelantan masa raya baru ni.. Adam masih kami letakkan dalam car seat sebab memang dia patut ada dalam tu.. Haha.. Dan dia sendiri pun ok.. Tak de la kata buat perangai menangis nak keluar dari cari seat.. Kakak Zara dah duduk sendiri kat belakang.. So kalau bab nak tidur, Adam tidur dalam car seat...  Kakak Zara akan tidur landing atas tilam yang kami sediakan.. Nampak macam selesa je walaupun Zara tak boleh nak luruskan kaki sepenuhnya.. 

Bab barang memang tak payah cakap la.. Sebab Raya kali ni memang dari malam raya sampailah ke raya ke 5, kami memang tak balik rumah.. Ulang alik dari rumah Ma Abah Eraz, rumah Ma Mertua dan terus ke Terengganu.. Bonet penuh dah bahagian kaki di belakang pun penuh.. Setakat ni boleh kata cukup la space tu..

So perlukan kami berdua timbulkan lagi isu supaya belikan kereta baru yang lebih besar? Kena buat loan lagi.. Terikat bulan2 paling tidak 9 tahun kan.. Next year tak sure samada Adam masih perlu duduk dalam car seat atau tidak.. Keputusan kami, bukan sekarang.. Sekarang kami selesa dengan kereta sekarang dan semoga Allah berikan kelancaran kereta berkenaan baik-baik sahaja.. Hehe..

#Coretat

25 comments:

  1. actually teringin sebenarnya nak beli kereta macam mpv,luas sikit,kereta pun baru tahun lepas habis bayar,so plan dua tahun lagi nak sambar MPV,bukan apa,nak lebih selesa.Senang nak angkut barang banyak dalam kereta,anak selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la... Tunggu anak besar sikit or mungkin bertambah anak sorg lagi kan.. Hehe..

      Delete
  2. Guna sahaja kereta yang tak ada hutang..

    Pastikan aliran tunai dalam tangan sentiasa banyak

    ReplyDelete
  3. Kna bli keto bsar la eraz, mana thu kot adam nk adik plk..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite tunggu dan tengok dulu bila Adam nk blh adik.. Hehe..

      Delete
  4. sy pun dok mikir...kete pun baru hbs loan..bukan xtingin nk kete baru..tuk keselesaan anak2 tp taknak dh terbeban dgn hutang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Klu boleh tak nak ada beban hutang kereta lagi sementara waktu ni..

      Delete
  5. sebab tu bila kereta kena pikir jangka panjang juga, muda tak ade anak kereta kecik2 pun ok je..dah besar nak travel anak pula membesar, barang pula banyak..mungkin kna tukar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya awal2 kena beli kereta besar terus ke? Hehe..

      Delete
  6. Jika bukan satu keperluan better guna yang ada dulu. Lagipun condition tip top lagi.. kena fikir banyak kali ni eraz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Kalau nak tukar pun, bukan sekarang la..

      Delete
  7. "Peace of mind"...klu loan kete@lain2 settle...
    Klu dh kperluan mpv..wajib beli๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
  8. Bila anak dah makin ramai, terfikir jugak nak kereta besar tapi bila tengok komitmen bulanan tu cam krik krik jer.. Lagi2 zaman sekarang ni byk kema jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Berjimat tu lagi menjanjikan kebahagiaan kot.. Hehe..

      Delete
  9. kalau boleh pakai better pakai dulu,ekonomi teruk skrg ,keta beli akan susut nilai,loan bertambah lak beban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik lepas emas kan.. Eh! Hehe..

      Delete
    2. Typo.. Baik beli emas.. Insyaallah kalau emas naik, dapat untung.. Hehe..

      Delete
  10. ok, done follow sini.. jemput singgah blog saya ya..

    ReplyDelete
  11. kalau ikut pendapat saya - kalau ada duit dan tak membebankan diri untuk membayar ansuran kereta setiap bulan, beli je kereta yang lebih besar untuk keselesaan anak-anak juga. ataupun boleh beli kereta yang besar 'preloved'.. tapi kalau membebankan diri, guna aja kereta yang sedia ada sekrang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas pendapat masing2 kan.. Tapi tak mustahil satu hari nanti..

      Delete
  12. Bila kereta dah habis bayar mmg rasa lega ye Eraz tapi perasaan tu mmg mcm tu. Kalau boleh tak mau berhutang lagi. Tak pe kita bagi masa 5-6 bulan ..... mesti berubah hihi.... Tetiba teringin nak keta besar sikit. Tengoklah nanti...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.