Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 19 May 2017

Bonding With Our Kids at BB World KB Mall

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam pada bersiap nak keluar rumah pagi semalam, dalam kepala duk fikir mana nak bawa budak2 ni have fun sikit.. Si Papa baru ok dari demam so baru ni memang tak sempat nak bawa keluar ke mana2.. Kalau dalam seminggu tu tak bawa keluar have fun at least seminggu sekali, rasa macam tak sanggup.. Hati seorang Papa dan Mama kot.. So tengah bersiap pagi tu, terus beritahu wife, kita keluar lepas habis kerja ke satu tempat dan terus la berbuka puasa di luar..


So terus fikir je KB Mall je la sebab semalam hujan la pula.. Main kat luar memang lepas la.. So semalam keluar dengan sebuah kereta, then petang tu ambil Adam dulu, then Zara Faleesya dan terus Mama di tempat kerja pula.. Sebab dah solat Asar walau2, terus ke KB Mall saje.. Kalau dah ada tempat halatuju macam tu, senang..


Alhamdulillah, masa pergi semalam, tak seramai biasa.. Mungkin sebab hari kerja.. So memang anak2 main dengan bebas la.. Kita yang tengok ni pun happy.. Lepas tu baru la datang 2, 3 family lain.. Tapi masih terkawal lagi tempatnya walaupun tak sebesar Kidzoona AEON Mall.. Dengan harga yang diletakkan oleh BB World, alhamdulillah, anak2 tak sempat nak boring, kami dah ajak keluar kot.. Hehe..


Tapi tak pernah biarkan anak main sekejap.. At least sejam atau lebih sikit.. Semalam kami biarkan je mereka main sebab menunggu masa nak berbuka puasa.. Walaupun kawasan tak luas, orang tak ramai, anak2 memang tak pernah berjauhan.. Seolah2 macam kami main sekali sebab duk follow ke sana ke mari.. Tak boleh la terlepas pandang sebab hati akan rasa berdebar terus.. Memang dari dulu macam tu.. Kalau bermain di tempat luas, mata ni memang tak pernah lepas anak2.. 

Inilah Adam.. Main gelonsor memang lain dari orang lain.. Orang turun dengan duduk, dia turun dengan meniarap.. Dari kecil macam tu, sampai la sekarang ni.. Alhamdullillah, dengan bawa anak2 keluar macam ni, at least anak2 rasa happy dan bebas.. Takde la duduk dalam rumah je.. Kita orang tua, mungkin ok kan sebab nak berehat ke apa, tapi anak2? Risau mereka rasa terkurung.. At least bagi mereka main di luar sekejap dan ibu bapa harus la ada bersama..

Keadaan sekarang memang sangat berbeza dari dulu.. Kalau zaman kita kecil2, ok je nak kemana-mana tanpa ibu bapa.. Ini contoh Eraz yang hidup di kampung.. Tapi sekarang? Next entri, boleh ceita ini.. Sambung topik Kalau Dulu ni..

1 comment:

  1. Seronok tengok anak main dengan riangnya. Diorang seronok kita pun happy

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.