Monday 29 May 2017

Happy 2nd Birthday, Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tanggal 28.05.2017 semalam, ssia Adam Fitri genap 2 tahun.. Macam tak sangka pun ada.. Rasa macam dia baby je lagi.. Haha.. Mempunyai karekter yang sedikit berbeza dengan kakak, memang menampaknya dia ala-ala adik bongsu.. Suka bahasakan diri sebagai 'adik'.. Tak tahu la bila leh hilang panggilan tu.. Hehe.. Kalau Kakak Zara, sebelum umur 2 tahun, dah dapat adik dah.. Adik adik? Errmmm.. Insyallah kalau ada rezeki..

Apa-apa pun, Papa dan Mama doakan semoga Adam membesar dengan sihat walafiat, happy dan menjadi anak yang soleh.. Amin.. Nanti dia besar, mesti akan baca entri-entri Papa tulis ni.. So boleh tahu la cerita pembesaran dari kecil hinggalah masa saat Adam baca ni.. Hehe.. Gambar di bawah ni ialah pada Khamis lepas.. Celebrate di Taska awal sikit sebab birthday jatuh dalam Ramadhan..


Alhamdulillah semalam juga kami belikan satu lagi kek untuk Adam.. So tiup lilin la sekali lagi semalam.. Sebab dalam bulan Ramadhan, lepas berbuka baru la leh keluarkan kek.. Adam dan Zara, dua2 excited duk tiup lilin.. Kak Zara dah banyak kali tanya bila birtday dia.. Hehe..

2 comments:

  1. besar dah adam fitri .. rasanya baru aritu je lahir... kita semakin tuaa.. huhu

    ReplyDelete
  2. I think the things you covered through the post are quite impressive, good job and great efforts. I found it very interesting and enjoyed reading all of it. custom essay writing service Thank you for sharing your information

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.