Wednesday 26 April 2017

Gelagat Dua Beradik | Zara Adam

Assalamualaikum w.b.t.. Membesarkan dua beradik ni, memang berbeza.. Si kakak membesar dengan caranya.. Si adik pula membesar dengan cara dia.. Dengan gender berlainan tu memang patut la kan.. Zara membesar dengan cepat sikit matang berbeza sikit dengan adiknya, Adam.. Manja tu lebih sikit.. Mungkin juga Zara baru nak masuk 2 tahun, Adam dah lahir.. Tapi Adam, nak masuk 2 tahun ni, masih menjadi 'bongsu' lagi..


Adam sekarang ni menggelarkan diri dia 'adik'.. Tak tahu la kot-kot lepas ni dapat adik, kena la tukar panggilan.. Hehe.. Bab berkawan, memang berkawan, tapi kalau sampai masa mereka nak berganduh manja, memang pening kepala kami nak kawal.. Kadang-kadang adik yang mula dulu.. Kadang-kadang kakak  yang mula dulu.. Tapi kalau tak menangis salah seorang memang tak sah.. Time menangis dua-dua pun ada.. Hehe..

Ada ketika kami boleh tinggalkan mereka berdua tapi kadang-kadang kami memang tak boleh lekang di mata.. Sebabnya kalau mereka bad mood atau tengah berebut nak guna barang yang sama, peratusan mereka nak bergaduh tu sangat tinggi.. Bergaduh bukan dengan menggunakan barang yang bahaya.. Biasa adik tarik rambut kakak.. Ada ketika dengan gigitan.. Kakak 'serang' adik dengan tolak or cubit.. 

Kadang-kadang perkara tu jadi hiburan.. Ya la dalam tempoh nak membesar kan.. Tapi ikatan mereka kuat.. Bergaduh tu kadang-kadang la.. Tapi persahabatan tu kuat.. Kalau macam contoh gambar di atas, si kakak yang sukarela nak pegang tangan adik.. Jalan bawa ke kolam untuk main air.. Si adik ikut tapi tak lama lepas tu, adik yang heret kakak sebab adik jalan cepat.. 

#Semoga Zara dan Adam membesar dengan baik dan menjadi anak-anak soleh solehah.. Jaga Mama Papa dengan baik

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.