Showing posts with label Blog Review By ERAZ FADLI. Show all posts
Showing posts with label Blog Review By ERAZ FADLI. Show all posts

Monday, 24 November 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #10


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni, Eraz nak korang ke satu blog ni.. Secara ringkas pasal orang punya blog ni ialah seorang ibu kepada 3 orang anak.. Suami semestinya sorang la.. Dalam entri-entri blog dia, entri banyak kepada berkisar kepada hal-hal yang berlaku kepada anak-anak, pasal percutian, hotel dan lain-lain.. Gambar pun banyak sebab dia sendiri mengaku suka selfie.. Hehe..

Mungkin ada yang pernah masuk blog dia dan mungkin ada yang belum pernah terjah blog dia.. So Eraz nak jemput mana-mana blogger yang free sekarang untuk berkenalan dia blogger ni.. Dengan kita 'menziarahi' orang lain, lepas ni, orang tu akan ziarah kita balik kan.. Tinggal kan kesan macam komen.. Jom klik SINI untuk ke blog yang Eraz maksudkan ni..

Read more ...

Friday, 21 November 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #9 | Carl Lesmana


Assalamualaikum w.b.t.. Pernah dengar nama Carl Lesmana? Menarik kan.. Mana muncul nama tu, kena tanya tuan punya badan.. Mungkin dia boleh cerita dalam komen entri ni.. Hehe.. Ok! First, putih.. Itu yang major Eraz nampak di blog dia.. Cool.. Font tulisan ada warna biru.. Favourite warna Eraz.. Simple tapi isi entrinya padat.. Apa keistimewaan blog Carl Lesmana? Mungkin boleh baca ni..

Menurutnya blognya adalah blog yang berkongsi tentang apa yang berlaku pada dirinya sendiri., Lifestyle or more to personal la ni kot kan..Lagi tentang kehidupannya and sometimes he do shares some good tips or guides yang mana boleh dimanfaatkan dalam kehidupan pembaca blognya..

Nak tahu apa yang ditulis dan nak kenal lelaki di sebalik nama Carl Lesmana ni? Jom klik banner di atas untuk terus melompat ke sana.. Selamat berkenalan.. Wassaalam..

Read more ...

Thursday, 20 November 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #8 | Ibu Berbicara


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Eraz nak review satu blog yang bernama Ibu Berbicara.. First sekali kalau masuk ke blog Ibu Berbicara ni, rasa macam clear je.. Maksud Eraz macam boleh menenangkan mata la.. Sebabnya warna yang menyerlah ialah putih dan purple muda tu.. Eraz memang suka membaca entri blog yang 'tenang' macam ni..

Keistimewaan blog ini? Di situ macam-macam ada.. Cerita tentang keluarga, kerjaya, kesihatan, perkongsian keagamaan dan cerita-cerita nostalgia tuan blog.. Segala catatan di situ ingin beliau kongsikan dengan anak cucu dan menurutnya semoga blog itu menjadi rujukan mereka setelah pemergian beliau kelak..

Kalau sebelum ini, entri ni diblog Ibu Berbicara memang sentiasa update.. Tapi sejak sebulan dua ni, adminnya macam 'menghilang' seketika.. Muncul dia akan muncul dengan entri baru lepas Eraz review blog ni? Wallahualam.. Apa-apa, Eraz nak ucapkan good luck untuk beliau dan selamat maju jaya.. Jangan tinggalkan lama sangat blog tu.. Sebabnya segala perkongsian entrinya memang sangat-sangat berguna pada semua.. Betul.. Tak tipu.. So nak ajak korang baca entri menarik Ibu Berbicara ni.. Sure korang tak menyesal.. Insyaallah.. Klik SINI..

#Klik banner untuk terus melayang ke blog Ibu Berbicara

Read more ...

Wednesday, 9 July 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #7 | Coretan Hati Kahty


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk review pemenang No. #7.. Alhamdulillah.. Sampai ke blog ke - 7.. Pemilik blogger ke - 7 ni memang sangat sebati dengan blog Eraz.. Kak Kathy merupakan salah seorang pengomen yang sering meninggalkan jejak di blog Eraz.. Sentiasa tersenarai di tempat teratas dalam carta.. TQ so much kak..

Hanya sebuah blog perkongsian cerita, pendapat dan tutorial untuk tatapan umum.. Itu kata Kak Kathy tentang blognya.. Bagi Eraz, memang blog Kak Kathy ni variety.. Itu tertumpu kepada satu benda.. Tutorial ada.. Dan Kak Kathy juga ada mendapat tempahan edit blog.. Antara hasilnya? Korang boleh tengok SINI.. Isu-isu semasa tentang bola pun ada.. Jangan tak percaya.. Yang penting, Kak Kathy sangat supportive..

Setiap yang membaca entri ni, Eraz jemput ke blog Kak Kathy.. Insyaallah akan jumpa sesuatu yang korang suka.. Klik banner atau SINI untuk ke blog beliau.. 

Read more ...

Blog Review By ERAZ FADLI #6 | AMY SYEERA


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk review pemenang No. #6 pula.. Pertama sekali Eraz nak bagitahu yang Eraz memang berkenan dengan header blog dia.. Kenapa? Tertarik dengan ke'simple'an (rosak bahasa melayu) dan mungkin pilihan warna serta jenis font yang digunakan.. Ada sesuatu kat situ.. By the way, seperti yang korang lihat, di header tertera perkataan Write, Travel, Eat dan Sleep.. Apa yang dimaksudkan? Kita selongkar dulu..

Amy boleh dikatakan blogger baru.. Bermula 3, 4 bulan yang lepas tapi alhamdulillah, berjaya membina satu blog yang boleh dikatakan simple iaitu berlatar belakangkan warna putih dan memilih warna-warna yang tidak menyakitkan mata untuk tulisan dan lain-lain.. Ada sesuatu yang menarik  boleh korang dapat tahu tentang blog Amy Syeera ni.. Eraz tak nak tulis kat sini, tapi korang boleh baca di entri INI.. 

Apa-apa pun, selamat maju jaya di ucapkan.. Jangan putus asa.. Teruskan usaha untuk menjadi blogger yang berjaya.. Good Luck.. Siapa yang belum terjah blog Amy, boleh klik di SINI.. Amy Si Gadis Weird dot blogspot com .. Kenapa? Terjawab bila masuk ke blognya.. Wassalam..

Read more ...

Tuesday, 8 July 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #5 | MAMA MURSYID


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk review pemenang No. #5 pula.. Siapa yang pernah ke blog beliau, pasti kenal akan header di atas.. Orang yang Eraz maksudkan ialah Mama Mursyid.. Daripada apa yang Eraz, tujuan utama Mama Mursyid menulis blog adalah kerana ingin berkongsi kisahnya pada anak cucu nanti.. Dengan adanya blog itu, kemudian nanti, senang bagi anak cucunya membacanya sendiri.. Lebih kurang sama apa yang Eraz buat untuk anak Eraz, Zara.. Mama juga seorang guru dan tahu siapa Mursyid? Itu merupakan nama anaknya.. 

Selain daripada itu, kalau korang ke blog Mama Mursyid, korang akan dapat ketahui beberapa perkara yang telah diasingkan.. Senang untuk korang baca.. Antaranya adalah tentang entri-entri yang berkaitan dengan parenting.. Mana la tahu boleh menjadi satu pembelajaran.. Selain daripada tu, ada resepi.. Haaa.. Puasa-puasa ni, sesuai la.. 

Seterusnya tentang kisah jalan-jalan nya ke Indonesia, Singapore dan juga dalam negara.. Akhir sekali tentang online shopping.. Apa yang dishopping, memang kena terjah blog Mama Mursyid la.. So tunggu apa lagi, jom kenal-kenal dengan Mama Mursyid.. Klik SINI atau banner untuk ke blog beliau..

Read more ...

Blog Review By ERAZ FADLI #4 | FiQa NsZ


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk review pemenang No. #4.. Blogger ini menggunakan nama nickname nya FiQa NsZ.. Seorang blogger yang menulis apa yang dia minat.. Terang dan nyata, FiQa memang sangat meminati group K-Pop Infinite.. Tengok sajelah header blog dia kan.. Eraz pun first time tahu akan kumpulan ni sebab tak follow sangat group K-Pop.. Kalau nak tahu serba serbi pasal group K-Pop Infinite ni, boleh ke blog FiQa atau tanya je dia terus.. Hehe.. 

Selain daripada itu, di blog FiQa, korang juga boleh :
  1. Search tutorial
  2. Baca dan tengok hasil karya FiQa sendiri (di ruangan arts)
  3. Cuba resepi yang dikongsikan
  4. Search dan download movie
  5. Tonton drama dan realiti show

Selain daripada korang duk panggil Eraz ni Eraz, FiQa ni pula memanggil Eraz dengan Fadz.. Lain daripada yang lain ni.. Tak pernah lagi menerusi blog, blogger panggil Eraz ni Fadz.. Hehe.. Dunia nyata, memang ada la.. Blog yang menggunakan gabungan warna purple dan kelabu ini memang sesuai dengan anak gadis yang ceria.. Mesti FiQa ni pun macam tu kan.. 

So tunggu apa lagi, jom terjah blog FiQa dan sama-sama kita kenal.. Klik SINI atau banner di atas untuk ke blog FiQa.. Tak rugi pun.. Wassalam..

Read more ...

Friday, 4 July 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #3 | AIMI SYAHIRAH


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk review pemenang No. #3.. Siapa tak kenal blogger Aimi Syahirah kan.. Seorang blogger, businesswoman dan juga model.. Blog yang sangat warna-warni dari segi konsep entrinya.. Aktif support blogger lain dari segi join segmen dan giveaway.. Pink / Purple sangat menyerlah dari segi warna blog..

Di blog Aimi, korang boleh baca tentang kecantikan, kerjaya, bisnes, kesihatan, percutian, kisah family & kawannya serta lain-lain lagi.. Bagi Eraz, Aimi ni dah dikirakan blogger senior sebab bermula dari bulan Mei 2010 lagi.. Lagi lama dari Eraz ni.. So, jom sama-sama kita terjah blog www.aimisyahirah.com !

Puan Aimi kita ni pernah review blog Eraz sebelum ni.. Nak tahu apa dia tulis? Klik SINI..

Read more ...

Blog Review By ERAZ FADLI #2 | COFFEELOVER


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa Eraz review blog yang ke #2.. Blog ini diberi nama Coffee Lover.. Kenapa agaknya coffee Lover? Kena tanya tuannya.. Mungkin tuannya boleh komen di entri ni nanti.. Pertama kali masuk blog ni, rasanya beliau merupakan blogger baru.. Ini info yang Eraz jumpa..

Mula berblog : 20 Jan 2014
Tujuan Blogging : Untuk berkongsi cerita, pengalaman dan pendapat di dunia siber..
Karakter Peribadi : Sentiasa serius memikirkan sesuatu, pemalu..

Jarang jumpa blog yang tiada header.. Dan blog Coffee Lover ni salah satunya.. Mungkin lepas ni akan wujud header terbaik dari dia.. Apa yang pasti, blogger ini banyak support blogger lain dengan join segmen dan giveaway.. Maybe korang boleh terjah blog dia untuk rujukan korang.. Sesuai kepada blogger yang suka join segmen dan giveaway.. Jom ramai-ramai terjah blog lepakwithcoffeelover.blogspot.com !

Read more ...

Thursday, 3 July 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #1 | Bubblynotes.com

http://www.bubblynotes.com/

Assalamualaikum w.b.t.. Blog Review By ERAZ FADLI.. Ini berikutan segmen yang Eraz pernah buat sebelum ini dan senarai pemenangnya telah diumumkan di entri INI.. So ini pemenang pertama.. Tidak lain dan tidak bukan, Puan Farah Waheeda ataupun pemilik blog Bubblynotes.com.. Perlu ke review blog dia ni? Hehe.. Dah femes dah blog dia..

Sebenarnya Eraz pernah review blog Farah sebelum ni.. Tak pernah baca? Rujuk entri INI.. Entri-entri di blog dia memang tak pernah simple.. Beridentitikan entri yang panjang lebar.. Hehe.. Kalau korang selalu ke blog dia, memang entri yang dia tulis penuh dengan info dan maklumat yang berguna kepada semua..

Perkongsian pengalaman dan apa yang dia selalu baca tu, memang berguna kepada pembacanya.. So memang tepat kalau tuan punya blog dikategorikan sebagai parenting dan lifestyle blogger.. Lambakan entri dalam sehari semestinya lebih dari 2 entri.. Entri yang terhasil ialah cerita yang happy-happy, yang positif dan Farah memang dikenali seorang yang peramah..

Jom ramai-ramai terjah blog Bubblynotes.com !

Read more ...