Friday 30 June 2017

6 Syawal | Mula Kerja Semula

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Boss luluskan cuti bermula hari Raya sehinggalah semalam, 5 Syawal.. Kira dah panjang la tu bagi Eraz.. Tapi masih ada kawan-kawan yang masih bercuti raya kan.. So selamat berhari raya lagi ok.. Wife dan anak-anak masih lagi bercuti sehingga esok.. So dua hari ni mereka berada di rumah mertua la.. Sorry Papa kena kerja dah.. Huhu..


Alhamdulillah, tahun ni macam tahun-tahun sebelum ni, kami dapat beraya di Machang, Kota Bharu dan Kuala Terengganu tanpa sebarang masalah dari semua perkara.. Semuanya berjalan lancar sahaja.. Masa ke Kuala Terengganu tu ada la sangkut jammed di tempat yang biasa jammed, tapi its ok sebab hari tu memang itu je plannya.. Haha.. Memang dah jangka jammed, so lepas selesai ke majlis kahwin sepupu (Amalina & Haizal) di Machang, kami terus ke Kuala Terengganu lebih kurang pukul 1.30 ke 2,00 kot dan sampai di Kuala Terengganu, pukul 7.00 malam.. Lamakan.. Hehe..

Gambar Bersama Wife Masa On The Way ke Kuala Terengganu

Bila dah mula ke sana ke sini di hari Raya, wife memang dah siap packing baju untuk sehari sebelum hari sehinggalah 5 Syawal.. Terima kasih banyak-banyak sebab bukan senang kan nak buat semua tu.. Dan alhamdulillah semua kelengkapan complete! Takde yang tertinggal pun.. Dan masih ada baju extra.. Tapi kereta memang penuh dengan barang la.. Sib baik anak dua dan masih selesa la mereka di belakang.. Kalau tiga, tak tahu nak kata la lagi.. Hehe..

#Siapa dah kerja hari ni?

10 comments:

  1. Saya dah 3 hari bekerja dalam minggu ni.... hehe... raya 2 hari je... :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ya ke.. takpe, next year kasi cuti lama sikit..

      Delete
  2. Selamat bertugas semula Bro.. Hidup mesti diteruskan dengan bekerja..

    Hehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat bekerja!
    Terasa cpt sgt plk cuti😅
    Ahd dh kje😧

    ReplyDelete
  4. tahun ni tak raja sangat , sebab kena bekerja walaupun raya , huhu ,, selamat bekerja dan salam aidilfitri EF

    ReplyDelete
  5. Lama juga ye cuti.. selamat bekerja ye eraz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Dapat 5 hari beraya.. :)

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.