Saturday 3 June 2017

Bawal House | Koleksi Persalinan Raya Terkini

Assalamualaikum w.b.t.. Bab baju raya ni, ada setengah orang suka siapkan awal-awal maksudnya beli sebelum puasa atau awal puasa.. Tapi ada yang suka shopping baju raya last minute.. Alasannya? Mesti ada alas an tersendiri kan.. Shopping awal boleh elak dari ramai orang dan shopping lewat mungkin leh dapat harga lebih murah kan.. Tapi kedua-dua alasan tu tak semestinya tepat ya.. So korang pulak macamana? Dah settle belum?

Ok! Kepada yang masih belum mendapatkan baju raya masing-masing atau nak tambah lagi baju raya untuk diri sendiri atau family, meh nak cadangkan satu butik yang boleh korang cuci mata dan shopping terus.. Selesa pun selesa, suasana butik pun, sedap mata memandang.. Banyak koleksi pakaian yang korang boleh dapatkan di sini.. Kira banyak pilihan la..

Bawal House

Bawal House, memang satu nama yang sangat sinonim bila di sebut.. Berada di kawasan Rumah Kedai Lembah Sireh, sebelah Pustaka Sri Dunia dan berhampiran Tesco, pasti korang senang nak cari.. Koleksi Kebarung ada.. Nak yang jenis baju raya untuk couple bahagia pun ada.. Untuk lelaki ada koleksi jubah dan kurta.. Tudung pun ada.. Haa.. Cukup lengkap kan.. Senang nak cari baju untuk diri sendiri dan pasangan..

Kalau nak tampil bergaya dengan koleksi kebarung yang bereka bentuk terkini, inilah tempatnya korang boleh datang.. Rekaannya memang mengikut trend sekarang.. Dari segi warna pula, ada banyak pilihannya.. Antaranya ialah merah, biru, hitam,hijau gelap dan merah jambu.. Lagi satu kalau fikir bab pakaian, mestilah pasal saiz kan.. Jangan risau, ada pelbagai saiz dari S ke XL.. So tak de masalah la kan kalau ada bentuk badan jenis apa pun.. Hehe..

Satu lagi yang korang perlu tahu ialah setiap rekaan kebarung di Bawal House ni, ianya dihasilkan dari fabrik yang sangat berkualiti serta bermutu tinggi.. Dan yang susah nak jumpa di tempat lain ialah, kebarung berkenaan direka bersama dengan tudung bawal yang dijahit terus dengan inner.. Lain dari yang lain kan..

Mungkin korang tak akan jumpa koleksi kebarung ni di tempat lain? Kenapa? Sebabnya semua koleksi yang ada sebenarnya di reka sendiri oleh pengasas Bawal House iaitu Puan Ain.. So tunggu apa lagi, meh usha gambar-gambar di bawah, mana tahu ada yang berminat nak dapatkan..









Eraz ada sebut di atas tadi pasal baju raya untuk couple bahagia kan.. Hehe.. So ini antara yang boleh korang dapatkan di Bawal House ok.. Ini sebahagian sahaja.. Ada banyak lagi koleksi lain yang korang boleh dapatkan di situ.. Korang boleh ke butik dan try dengan pasangan masing-masing samada sesuai ke tidak.. Tak sesuai? Leh try yang lain pula kan.. 




Kalau ada yang terlepas baca di atas atau terlupa apa yang dibaca tadi, jangan ingat di Butik Bawal House tu ada persalinan wanita sahaja yang boleh dipilih.. Untuk lelaki-lelaki idaman malaya pun ada.. Bukan hanya ada satu jenis, tapi banyak jenis warna yang sesuai dengan korang boleh dipilih.. Peminat Kurta pun boleh pergi, peminat jubah pun boleh pergi.. Sado ke, kurang sikit ke, kurus ke, semua ada.. Tak percaya? Meh tengok gambar-gambar di bawah ni..




Ok.. Korang rasa macamana? Eraz tak boleh nak upload semua gambar di sini.. Tapi korang boleh tengok koleksi lain lagi di laman sosial Butik Bawal House ni.. Kalau risau koleksi pilihan korang habis, better cepat-cepat pergi sekarang.. Di mana korang nak tengok koleksi lain atau nak ke sana? Boleh rujuk maklumat di bawah.. Selamat Berpuasa dan Berhari Raya ok!!!

Alamat : 
Butik Bawal House 
PT 345, Tingkat Bawah
Rumah Kedai Lembah Sireh
15050 Kota Bharu, Kelantan
No. Telefon : 016-9258244
Facebook :  bawalhouseofficial
Instagram : bawalhouse
Email : bawalhouseofficial@yahoo.com

5 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.