Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 10 June 2017

Mancis Cap Lada | The Legend

Assalamualaikum w.b.t.. Sesuai tak? Mancis Cap Lada, The Legend.. Hehe.. Mancis ni wujud di zaman Eraz sendiri pun tak wujud lagi ni.. Korang? Kalau google pasal Mancis Cap Lada ni, Kilang Mancis Cap Lada ada di Kelantan.. Tapi Eraz tak pernah pergi la.. Hehe.. Ia merupakan kilang mancis paling lama dan tertua di Malaysia.. Seperti yang dijangka la kan.. Ia dibuka sejak tahun sebelum merdeka iaitu pada 1933 sehinggalah sekarang dan paling penting ialah ianya masih beroperasi..


Kalau tak beroperasi, macamana Eraz boleh beli semalam kan.. Mancis ni memang berguna kalau masa-masa tertentu dan keadaan tertentu.. Tapi harap maklum, tak semua kedai runcit jual walaupun di Kelantan ni sendiri.. Macam Eraz pergi semalam, ada kedai runcit yang biasa kami beli barang, tak jual.. Tapi nasib baik jumpa kedai yang masih ada stok dan order stok.. 

Ini yang Eraz beli untuk mertua.. Di rumah mertua memang perlu ada stok mancis.. Wajib.. Satu kotak kecik ni, korang rasa berapa harga? Seringgit? Dua ringgit? Bukan.. Hanya 20 sen sahaja.. Tapi sekali tengok, kualiti dulu memang lagi baik dari sekarang la.. Tapi still boleh guna la..

Korang kalau luar Kelantan, guna Mancis cap apa? 

9 comments:

  1. Nostalgia sungguhlah mancis cap lada ni. Ada lagi ke kilangnya? Sekarang ni dah susah nak jumpa mancis lidi mcm ni. Selalu beli lighter jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya masih ada lagi sekarang..

      Delete
  2. Pengaruh lighter lagi kuat tapi mancis tetap ada peminat tersendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Mmg masih di cari lagi..

      Delete
  3. 8)rare dh mncis ni..klu ad pun sayang nk guna...:)
    dulu sllu ad stok..stok.utuk guna bakar sampah..cucuh lilin time blakout...

    ReplyDelete
  4. lama tak nampak mancis ini. ada orang jual lagi ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini ada lagi.. Ada kedai jual RM 0.20.. Ada kedai jual RM 0.30..

      Delete
  5. Penggunaan Mancis sekarang ni masih relevan walaupun ada lighter hehe. Guna bila kecemasan je

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.