Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 5 June 2017

Kulat Sisir Goreng Bersama Telur

Assalamualaikum w.b.t.. Di musim-musim bulan Ramadhan, kalau tengok di media sosial, memang banyak la gambar-gambar makanan di masukkan.. Eraz sendiri pun tak ketinggalan.. Tapi kalau di media sosial, kalau nak upload gambar makanan, memang tunggu saat nak berbuka atau sahur je.. Sebab kalau selain masa tu, macam tak sesuai je.. Tapi hari ni, untuk entri blog, kira ok la kan update masa-masa mana pun kan.. So! Ini salah satu masakan favourite Eraz..

Kulat Sisir Goreng Bersama Telur
Kulat Sisir Goreng Bersama Telur

Tak pernah terfikir pun masa pergi beli barang dapur tu, nak beli sekali kulat sisir.. Tapi kebetulan hari tu memang ada.. Sekopi tu RM 3.. Untuk kami sekeluarga yang tak ramai ni, sekopi tu cukup la.. Ramai juga yang gulai.. Tapi bagi Eraz, goreng lagi sedap.. Goreng tu se simple yang boleh pun ok.. Janji ada manisnya, masinnya, telur dan bawang, dah memadai.. Ada juga yang goreng letak kunyit.. Yang sikit-sikit, tak nampak la kekuningan.. Tapi kalau yang banyak, memang nampak la kuning.. So semalam, memang rezeki tersepak jumpa di pasar basah..

So petang tu terus wife gorengkan kulat sisir tu.. Alhamdulillah menjadi dan habis.. Tapi still sempat untuk sahur la..  Ditambah pula menu semalam ada gulai ketam dan ikan goreng.. Memang lengkap untuk berbuka semalam.. Nasi pun licin.. Alhamdulillah.. Bila dah tulis entri ni, terus terbayang menu apa petang ni wife nak masak.. Hehe..

8 comments:

  1. Sedap kulat nie.. Sha tak pernah la pula goreng.. boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  2. kt KL ni susah la nak jumpa kulat sisir ni abe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Abe rasa pun macam tu..

      Delete
  3. Ya Allah lamanya tak makan kulat ni sedapnya terus dapat idea nak masak berbuka nanti...

    ReplyDelete
  4. 2).....xpenah mkn....klu ad pasti cb :)
    nt klu pergi.pasar khadijah cb cri la :)

    ReplyDelete
  5. pernah nampak kak dlaila dia masak ni . and juga che mat.. wahhh terasa nk cuba. tp sini mana nk cari .. hukhukk ( tak rajin pi pasar basah )

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi cuba masak macam ni. Nanti nak cuba la

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.