Tuesday 30 May 2017

Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia

Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia | Assalamualaikum w.b.t.. Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia? Itu berita yang Eraz baca di mStar Online baru je tadi.. Kecoh ke? Kenapa Eraz tak nampak pun berita ni? Katanya Ahad lepas dah tersebar.. Ke di Malaysia baru nak viral? Lepas baca artikel tu, tiba-tiba adik ipar tanya dalam group whatsapp, betul ke Shah Rukh Khan dah meninggal dunia? Eh! Memang dah mula viral la tu berita ni.. Sib baik dah baca dulu dalam mStar tadi.. Terus copy paste berita di bawah ni :

Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia
Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia

KHABAR angin tentang kematian aktor Bollywood terkenal Shah Rukh Khan mendapat perhatian selepas ia tersebar di laman sosial Facebook pada Ahad lalu.
Sebuah laman Facebook R.I.P Shah Rukh Khan yang diwujudkan oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut telah menarik perhatian netizen sehingga menerima hampir satu juta like.
"Pada kira-kira 11 pagi, Ahad lalu (28 Mei 2017), pelakon yang kita cintai Shah Rukh Khan meninggal dunia. Shah Rukh Khan dilahirkan pada 2 November 1965 di New Delhi. Pemergiannya akan dirindui tapi tidak akan dilupakan.
"Sila tunjukkan simpati dan takziah anda dengan menulis komen di laman Facebook ini," tulis status pada berita palsu tersebut.
Beratus-ratus peminat aktor berkenaan meninggalkan komen dan ucapan takziah dengan menyatakan rasa sedih terhadap berita berkenaan.
Bagaimanapun, segelintir peminat tidak mempercayai berita palsu tersebut berikutan terlalu banyak berita palsu tentang kematian artis terkenal.
Mereka berkata, berita penting itu seharusnya dilaporkan oleh media-media utama di India dan bukan hanya sekadar di laman Facebook.
Pada Isnin lalu, wakil kepada pelakon Kuch Kuch Hota Hai menerusi satu kenyataan menafikan perkara berkenaan.
"Beliau kini turut termasuk dalam senarai panjang selebriti yang menjadi mangsa penipuan ini. Dia masih hidup dan berada dalam keadaan baik. Berhenti mempercayai apa yang anda baca di Internet," ujarnya.

Berita palsu macam kematian ni memang banyak la duk viral.. Kesian la kat orang yang kena tu.. Biasanya memang artis la.. Ada sekali tu sampai dua kali berita palsu kematian dia.. Tapi orang tu sihat walafiat je.. Isk2.. Tak baiknya pada siapa yang mula viral kan perkara tak benar ni.. Macam kes video artis Malaysia yang Eraz tak nak sebut nama,, Dah la video lama, sekarang baru upload.. Kesian betul pada artis tu.. 

Apa-apa pun, segala berita, pastikan dulu kebenaran, baru sebar ok.. Kalau tak pasti, jangan duk share je.. Wassalam..

8 comments:

  1. Ada terbaca jugak tp fake je la.

    ReplyDelete
  2. Artis terkenal selalu jadi mangsa berita² tak sahih camni.

    ReplyDelete
  3. Eh..btl ke. Bw slps terawih😀

    ReplyDelete
  4. Eh..btl ke. Bw slps terawih😀

    ReplyDelete
  5. hmmm mcm2 zmn skrg ni berita bukan2

    ReplyDelete
  6. Biasa lah orang nak dapat trafik buat viral itu ini yang tak pasti..

    ReplyDelete
  7. rasanya kat malaysia pernah ada yang up pasal meninggal artis. pastu artis tu saman kt dia . haha aduh benda gini mana boleh buat mainan

    ReplyDelete
  8. Selalu sangat adakan cerita yang tak sahih. Tak baik tau diorang ni

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.