Monday 22 May 2017

UNIC - Juara Gema Gegar Vaganza

UNIC - Juara Gema Gegar Vaganza | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya untuk Gema Gegar Vaganza Musim Pertama ni milik UNIC.. Pada mulanya, ramai yang mengandaikan Hijjaz akan menjadi juara.. Tapi selepas semua membuat persembahan semalam, nampaknya persembahan unik UNIC menajadi pilihan juri.. Sebenarnya kesemua peserta semalam memberikan persembahan yang terbaik dan sampai ke hati penonton.. Tapi biasa adat pertandingan, mesti ada tempat masing-masing kan walaupun mungkin berbeza markah yang tak banyak.. 


Berikut ialah senarai penuh pemenang Gegar Gegar Vaganza Musim Pertama

Juara - Unic (RM100,000)
Naib Juara - Hijjaz (RM30,000)
Ketiga - Mirwana (RM25,000)
Keempat - Azmi (RM20,000)
Kelima - Hafiz Hamidun (RM10,000)
Keenam - Saujana (RM5,000)

Kategori Khas

Persembahan Pilihan Penonton - Hijjaz (RM5,000)
Anugerah Gema Terindah - Azmi (RM15,000)

Lagu-lagu semalam (persembahan lagu pertama) memang sangat-sangat memberi kesan kepada penonton.. Dengan alunan suara dan persembahan mereka, ramai yang mengalirkan air mata.. Program GGV ni memang berjaya memberi impak kepada penonton terutama anak2 muda zaman sekarang yang dahulunya bukan membesar di zaman muzik Nasyid yang meletup dulu..

Untuk persembahan battle, mereka diberikan lagu berunsur Rap.. Bayangkan ahli kumpulan Nasyid menyanyi lagi genre ini terutama Hijjaz.. Tapi disamping memberi hiburan kepada penonton, mereka memang memberikan persembahan yang baik yang diselit dengan unsur ketuhanan.. Tidak lupa persembahan yang melekat dalam hati ialah persembahan Dato' Siti Nurhaliza dengan lagu Aku Bukan Malaikat dan dari Siti Nordiana & Oki Setiana Dewi untuk lagu Ketika cinta bertasbih..

Mungkin ada yang tahu tentang kisah salah seorang ahli UNIC iaitu Bazli.. Dalam pada beliau berjuang untuk GGV, beliau juga sangat tabah dalam menghadapi menjaga anaknya, Syahid yang berjuang menghadapi kanser.. Kemenangan semalam memang menjadi sebak tambahan ramai yang mengetahui kisah ini.. Kejayaan UNIC semalam juga ditujukan kepada anak Bazli.. Alhamdulillah.. Jom baca entri terbaru di Instagram Bazli UNIC sebelum konsert akhir bermula..


Repost from @bazliunic 
Demi cinta Kerana cinta Untuk cinta.. Kerana kau yang tercinta.. Ayah pergi berjuang dulu naaak. Ayah akan buat yang terbaik utk syahid malam ni. Ayah nak buktikan ayah juga pejuang gagah mcm syahid.
Sedih xdapat bawa isteri bersama memberi semangat krn komitmen menjaga syahid d hospital. Walaupun @asiahabubakar90 xd disisi tp asiah sentiasa dalam hati abg. Terima kasih krn mudah berbincang memahami tugas dan kerja abg. Moga ada sinar baru utk kita akan datang.. Amin.
#syahid #bintangsyurga #cancer #lymphoma #ggv #ggvunic #gemagegarvaganza
Sama-sama kita doakan semoga kesihatan Syahid bertambah baik dan baik sampai sampai sembuh sepenuhnya..

2 comments:

  1. semoga di permudahkan urusan dia,memang rezki unic tapi yang lain pun semua best2

    ReplyDelete
  2. Dari zaman sekolah lagi memang minat diorang.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.