Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 15 May 2017

Siti Nordiana - Penyanyi Wanita Popular ABPBH 30

Assalamualaikum w.b.t.. Penantian siapa yang menang kategori-kategori dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 terjawab juga.. Kategori yang paling Eraz juga ialah Penyanyi Wanita Popular la.. Selepas Siti Nordiana memang dalam Anugerah Meletop Era untuk Penyanyi Meletop, so harapnya akan menang sekali lagi untuk Penyanyi Wanita Popular.. Dan ianya benar!! Rezeki tahun ni memang ada pada Siti Nordiana.. Tahniah.. Bintang Paling Popular? Top 5 mungkin sebab untuk ABPBH 30 ni memang majoriti dah jangka Fattah Amin akan memang dan ianya juga terbukti..



By the way, dalam Berita Harian sendiri tulis selepas kemenangan Fattah, Top 5 Bintang Paling Popular ialah Fattah Amin, Janna Nick, Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana.. So memang benarlah Siti Nordiana tergolong Top 5 Kategori Bintang Paling Popular.. Siti Nordiana dah boleh berbangga kat situ..

Pemilihan berdasarkan Undian Tertinggi dalam setiap kategori untuk memilih Bintang Paling Popular adalah disepatutnya kot.. Sebelum ni dah pernah buat tapi lepas pada tu, stop.. Sebabnya, kalau saingan artis sengit dalam kategori tu, susah la nak dapat undian tinggi kan.. Apa-apa semua tu rezeki.. Sekadar memberi pendapat..

Keputusan penuh ABPBH 3.0

Bintang Paling Popular - Fattah Amin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Ella

Kategori Utama

1. Artis Baharu Lelaki Popular - Khai Bahar
2. Artis Baharu Wanita Popular - Sweet Qismina
3. Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar
4. Penyanyi Wanita Popular - Siti Nordiana
5. Pengacara TV Popular - Neelofa
6. Penyampai Radio Popular - Radin
7. Artis Versatil Popular - Ifa Raziah
8. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Akim & The Majistret
9. Artis Komedi Popular - Zizan Razak
10. Pelakon TV Wanita Popular - Janna Nick 11. Pelakon TV Lelaki Popular - Fattah Amin
12. Pelakon Filem Wanita Popular - Fazura
13. Pelakon Filem Lelaki Popular - Zul Ariffin

Kategori online

1. Gandingan Serasi Drama - Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
2. Gandingan Serasi Filem - Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)
3. Personaliti Media Sosial - Makhlokmacho
4. Artis Berpengaruh Di Laman Sosial - Neelofa
5. Artis Sensasi - Fattah Amin

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.