Wednesday 24 May 2017

SimetriSiti | Kini Kau Disisi

Assalamualaikum w.b.t.. Siti Nurhaliza, Dulu, Kini dan Selamanya.. Haha.. Memang dari Album Pertama Siti Nurhaliza tahun 1995 kot, Eraz berjaya kumpul.. Mula-mula dulu hanya kaset.. Tapi bila dah kerja, dan masa tu kaset masih ada, so Eraz beli kaset dan CD sekali.. Tapi sekarang, hanya CD yang available.. Kalau ada kaset pun, memang tak patut beli dah sebab nak play kat mana kan.. Hehe.. So tepat la hanya CD dikeluarkan..

Bila Dato' Siti Nurhaliza umum nak keluar album, memang dah pasang niat nak beli awal.. Tapi masa Siti release Pre Order di Lazada, memang tak dapat maklumat langsung.. Kalau tak, memang Eraz akan termasuk dalam golongan yang beli di Lazada.. Dapat tahu tu di Meletop tetapi semua dah habis yang special edition.. So decide beli di Kota Bharu ni je la..

Segala Perasaan.. Lagu dari SimetriSiti yang pertama Eraz dengar di ABPBH 3.0 baru ni.. Sekali dengar, memang dah terus 'jatuh cinta' katanya.. Terus rasa nak drive dan beli CD SimetriSiti ni.. Tapi semalam baru sempat keluar untuk dapatkan kan.. Alhamdulillah masih available di situ.. Nampaknya artis lain pun ramai keluarkan album tahun ni.. Tapi maaf, hanya satu ni je Eraz beli..


Dah rasmi dengar dalam kereta.. Ternyaya itu memang Siti.. Haha.. Segala Perasaan memang terbaik dan lagu-lagu lain tu memang serasi dengan pendengaran ni.. So maaf la kalau siapa naik kereta En. Eraz Fadli, dengar la lagu-lagu terbaru Siti Nurhaliza ya.. Cool..

2 comments:

  1. siti mmg terbaik, semua golongan tak kira kaum apa semua minat dia.

    ReplyDelete
  2. ternyanya ingatkan apa tadi. hahahhaha

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.