Monday 31 October 2016

Zara Faleesya, Pelanggan Setia 7E

Assalamualaikum w.b.t.. Entri ni ala-ala nak promote 7E la pulak kan.. Bukan apa, anak yang sorang ni la.. Dari kecil, bila dia pandai bercakap, memang tak boleh nampak 7E, mesti dia beritahu.. Kadang-kadang nampak signage tepi jalan pun dia kenal.. Dan kalau dah biasa singgah terutama yang dekat dengan rumah, nak menuju ek 7E tu, dia dah tahu la.. Kenapa la agaknya? Hehe..

Salah satu sebabnya memang dari dia kecil sampai sekarang, memang selalu bawa dia ke 7E.. Ya la, 7E kan buka 24 jam.. Ada ATM.. Dekat pula dengan rumah.. So kat situ la banyak kali singgah kan.. Adam kecik lagi.. Tak kenal lagi.. Kakak Zara la biasa ikut.. Dan kalau dia dah tahu nak pergi 7E, memang dia akan ada list apa yang dia nak beli.. Kadang-kadang dah siap bagitahu awal-awal.. Dan sebenarnya kami pun boleh agak apa dia nak beli.. 

Ini bukan di 7E ya.. Ini kat Tesco Kota Bharu.. Gambar Hiasa..'

Ada 3 benda yang wajib dia beli kalau pergi ke 7E.. Satu benda yang boleh diminum.. Satu lagi benda yang boleh di makan.. Dan satu lagi benda yang boleh dia buat sebagai mainan.. Kadang-kadang main sekejap je pun.. Dan ada ketika tu, dapat pada Adam.. Ala mainan kat 7E tu apa la sangat ada kan.. Hehe.. Tapi syhhh.. Mahal.. Hehe.. Itu 3 benda wajib setakat ni.. Dan benda itu biasanya :



Bahagian mainan tu silih berganti la.. Tak kan nak beli mainan yang sama setiap kali pergi kan.. TAPI.. TAPI penjelasannya.. Pergi 7E ni bukan setiap hari.. Kalau pergi setiap hari, memang pokai la Papa.. Masa-masa tertentu je.. Tapi kalau dah pergi, pergi itu la benda wajib yang akan Zara beli.. Nasib baik la Adam kecil lagi..

SATU perkara yang boleh kata alhamdulillah.. Setakat ni kalau pergi shopping kat mall ke apa ke yang seangkatan dengannya tu, Zara tak pernah mengamuk sampai nangis-nangis atau guling-guling kalau nak tak sesuatu barang.. Bila Papa Mama kata, tak payah, tak perlu, alhamdulillah setakat ni Zara dengar.. Alhamdullillah.. Bagus anak Papa ni.. Next year dah confirm akan keluar dari nursery dan akan masuk tadika.. Alhamdulillah.. 

2 comments:

  1. Hihi....sy jarang pilih 7e...sebab dia agakkkk m.a.h.a.l...tapi kalau tengah malam we have no choice kan....

    ReplyDelete
  2. Akk jarang ke 7E..klau pergi pon sbb kdg2 kdai ttp nk bli brg time mlm2 buta jer..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.