Saturday 15 October 2016

Senarai Tumbuhan Halau Nyamuk

Senarai Tumbuhan Halau Nyamuk | Assalamualaikum w.b.t.. Masalah nyamuk ni memang salah satu yang Eraz hadapi sejak dari tinggal di kawasan sekarang.. Tambah-tambah bila dah ada anak ni.. Salah satu cara yang dibuat kena on ubat nyamuk elektrik la.. Itu pun kadang-kadang ada nyamuk yang terlepas juga.. Lepas beli kelambu besar.. Tenang sikit hati nak bagi anak tidur kalau ada kelambu besar tu.. Tapi itu masa tidur.. Kalau masa duduk kat luar macamana kan..


Pernah juga gunakan limau yang dicucuk dengan bunga cengkih.. Memang menjadi.. Tapi satu hari je kot.. Bila air limau tu dah kering, tak berkesan dah.. So hari ni terbaca di Harian Metro tentang tumbuhan yang boleh halau nyamuk.. Top 4 ialah Bunga Tahi Ayam, Serai Wangi, Lidah Buaya dan Tongkat Ali.. 4 seterusnya lagi ialah Akar Wangi, Bunga Selasih, 'Floramaster' Mahorani / Mambu dan Jeremin..

Errrmmmm.. Memang nak kena cari ni tumbuhan terpilih ni.. Tapi.. Sebenarnya Alor Vera atau Lidah Buaya tu memang dah lama tanam.. Macam tak memberi kesan pun.. Hehe.. Mungkin kena try tumbuhan yang lain..

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.