DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 20 October 2016

Patahnya Sebelah Sayap Episod Akhir

Patahnya Sebelah Sayap Episod Akhir | Assalamualaikum w.b.t.. Patahnya Sebelah Sayap rasanya salah satu drama yang sentisa trending sekarang ni bila ditayangkan.. Bukan sekarang drama, watak-wataknya pun trending juga bila ada part-part yang best.. Selain watak, nama pelakonnya pun adakala trending.. Hebat kan penangan.. Tak sangka juga boleh jadi sebutan ramai dan tak sangka juga Eraz sendiri terjebak tonton drama Patahnya Sebelah Sayap ni..

Yang pasti saingan untuk drama Patahnya Sebelah Sayap ni ialah Suri Hati Mr Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.. Ramai juga yang nak tengok aksi lakonan dan adegan antara Warda dan Kapten Ejaz tu.. Tapi Eraz tetap memilih untuk tonton Patahnya Sebelah Sayap terlebih dahulu sampai habis baru la u-turn tengok yang sudah direkod Suri Hati Mr Pilot kalau sempat tengok malam tu la..

Patahnya Sebelah Sayap Episod Akhir

Berbalik kepada drama Patahnya Sebelah Sayap ni, Eraz sendiri sedar atau tak, memang tak pasti samada tonton ke tidak promo drama ni sebelum ia ditayangkan.. Episod pertama memang tak tengok langsung.. Tapi bermula selepas 15 minit Episod kedua, baru Eraz mula tengok.. Apa tarikan masa tu? Pertama sekali tengok lakonan Ummi Nazeera.. Memang mantap la.. Muncul pula masa tu Izzue Islam, Aeril Zafrel dan penampilan beberapa episod, Wawa Zainal.. Bukan setakat pelakon, jalan cerita pun menarik..

Disebabkan itu, terus melekat tonton sampai sekarang.. Adakala memang terlepas tengok live, tapi memang rekod awal-awal.. Sehinggalah episod 14 malam tadi, jalan cerita memang sendiri 'mendaki'.. Adakala satu hari tu sedih nye.. Adakalah satu hari tu happy je.. Boleh buat rasa macam sekejap je sejam tayangan tu..

Lakonan Ummi sebagai Alisha salah satu penarik utama cerita ni.. Bermula dengan happy2 je, lepas tu ditimpa musibah disebabkan kekasihnya Amzar, dimasukkan penjara walaupun tidak bersalah, kematian ibu, dicemuh orang sebab berstatus banduan, dikacau Amzar, cinta tidak kesampaian, seterusnya kematian satu-satunya adik dan lain-lain la.. Izzue Islam.. Sisi lain lakonan dia.. Selepas Dia Semanis Honey Raya, Izzue dengan watak Amzar yang psiko dan jahat giler tu memang menjadi dan sentiasa dikecam pengikut drama ni.. 

Mungkin salah satu lagi disebabkan oleh Aeril Zafrel yang memberi lakonan best sampai digelarkan oleh ramai orang sebagai Abang Muka Ketat dan lain-lain la.. Apa-apa pun, minggu dah tamat tayangan sampai Episod 14.. Dan akhirnya Isnin ini merupakan Episod Akhir dah.. Dari sedutan yang ada semalam, nampaknya Amzar semakin menggila sampai menculik Alisha.. Apa akan jadi, memang la kena tunggu Isnin ni untuk Patahnya Sebelah Sayap Episod Akhir..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.