Friday 21 October 2016

Black Canyon Coffee - Aeon Mall Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama rasa nak buat entri ni.. Tapi terbantut je.. Disebabkan ini buat entri advertorial, so tak tahu kisah la kan kalau throwback 2, 3 hari.. Terbantut juga rasa macam nak tulis ke tak, nak tulis ke tak.. Kenapa? Sebab risau pembaca tak puas hati.. Biasa kalau nak review restoran atau tempat makan, mesti kena ada letak gambar makanan sekali kan.. Tapi kali ni masa makan di Black Canyon Coffee - Aeon Mall Kota Bharu. tak sempat nak ambil gambar makanan.. Apa-apa pun, kita tulis je la.. Selamat membaca..

Masa pergi ke Aeon Mall Kota Bharu sebab nak bawa anak jalan-jalan, lalu kat Black Canyon Coffee.. Serius masa tu orang ramai giler! Penat.. Sampai beratur kat luar untuk tunggu turn menjadi next customer.. So Eraz dan wife fikir, mesti ada yang tak kena ni.. Haha.. Tak kan ramai macam tu kalau tak sedap kan.. Tapi kami tak de la pergi sambung beratur tunggu turn juga.. Kami terus balik!

Tapi, next pergi Aeon Mall pada hari biasa lepas kerja, sama juga sambil bawa anak jalan-jalan, sekali lagi lalu Black Canyon Coffee tu.. Then masa tu tak ramai orang pun.. Kami pun terus decide untuk dinner kat situ terus walaupun masa tu baru pukul 6.00 petang.. Yang pilih menu macam biasa, wife.. Serah pada dia.. Janji tak pedas..


Pilih set terus dan beberapa side dish untuk anak-anak dan diri sendiri.. Lepas di tenung-tenung menu, tak boleh nak kata sedap atau tidak.. Kena rasa dulu.. Masa menunggu makanan sampai, sempat la bawa Adam ke Kaison sebab nampak sangat dia tak boleh duduk diam di situ.. Dan bila makanan sampai.. Alahai..

Memang sedap wei.. Habis la juga kami makan.. Nak ambil gambar sebelum makan tu tapi nasib kurang baik, anak-anak terus kacau.. So terbantut la nak ambil gambar cantik-cantik.. Ambil je gambar kedai untuk memori di media sosial dan blog.. Next time insyaallah.. Kalau next time nak pergi, maksudnya sedap la tu.. Hehe..

#Bukan review berbayar

2 comments:

  1. Tak pernah makan lagi kat situ sejak eon mall di buka. Tapi pernah la makan dekat black canyon kl dulu..sedap kena gan selera

    ReplyDelete
  2. Lama pula rasa tak makan dekat Black Canyon.... hahaha... So far tak jemu lagilah makan dekat black canyon...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.