Wednesday 5 October 2016

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 (2016)

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 (2016) | Assalamualaikum w.b.t.. Program Gegar Vaganza ni memang dinantikan oleh ramai artis Malaysia sebab ianya salah satu program yang mampu menaikkan semula nama peserta.. Samada menjadi juara atau tidak, tersingkir awal atau tidak, memang nama akan dikenali ramai selepas itu.. So boleh kata ramai la yang mencuba nasib untuk Musim ke-3 ini.. Siapa yang belum tahu siapa peserta, ini Eraz letakkan :

1. Ameng Spring
2. Intan Sarafina
3. Gmie Screen
4. Azharina 
5. Razif Ismail
6. Shidee Data
7. Rem
8. Zur Eda
9. Elly Mazlein
10. Zarul Umbrella
11. Siti Sarah
12. Nora

Kalau dilihat dari senarai, ada nama yang dikenali dan ada yang tidak dikenali.. Mampukah mereka melawan populariti program Gegar Vaganza Musim kedua yang membawa nama juaranya, Siti Nordiana ke kemuncak? Memang kena tunggu dan lihat feedback.. Gandingan pengacaranya Nabil dan Jihan Muse memang tepat dan alhamdulillah dikekal.. Juri tetap juga dikekalkan.. Dato' Ramli MS dan Dato' Khadijah Ibrahim.. Selain nak tengok artis lama ni menyanyi, gelagat mereka berempat pun nak tengok jugak kan..

Ramai mengandaikan Siti Sarah, Nora dan artis-artis lain yang bervokal mantap akan menang.. Tidak mustahil kan untuk menang tapi tapi tidak mustahil juga kalau tak menang sebab sebarang kesilapan kecil pun boleh menyebabkan markah dipotong.. Itu yang mencabar.. Kalau nyanyi bukan bernada tinggi setiap minggu, tapi semua ok, mungkin boleh ke final juga.. Tapi kalau menyanyi bernada tinggi dan silap situ sini, markah akan berkurang.. Macam Siti Nordiana, masa diperkenalkan, mustahil boleh jadi juara.. Tapi akhirnya? Rezeki memihak padanya..

Siapa akan menang kali ni selepas Siti Nordiana? Kita tunggu dan lihat nanti.. So jangan lupa lepas tamat AF 2016, gegaran GV akan bermula.. Good Luck semua..

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 (2016)

1 comment:

  1. assalamualaikum eraz...wah best ni kena tunggu siarannya nanti...:)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.