DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 24 October 2016

Kopi Pilihan Eraz Fadli

Assalamualaikum w.b.t.. Entri ni memang dari seorang yang penggila kopi.. Kalau ikutkan hati, memang setiap kali nak minum air, nak kopi.. Melampau.. Tapi bila fikirkan kesihatan dan nasihat dari yang tersayang, terpaksa la kontrol.. Minum bila perlu atau bila rasa nak je.. Kopi ni sebenarnya bukan semua best juga.. Kalau ketika kalau ke kedai makan, jumpa la yang best, ada juga jumpa yang biasa-biasa je.. Bagi Eraz, yang best dan yang biasa-biasa tu memang ada kesan.. Tapi bergantung kepada orang tu la kan..

Kenapa suka sangat kopi? Salah satu nya sebab nak hilangkan rasa mengantuk.. Dua keadaan yang Eraz akan cari kopi ialah satu masa nak drive jauh.. Tambah-tambah dah boleh rasa mengantuk.. Kedua bila kat office, badan penat dan masa tu memang akan cari kopi.. Kalau kes beli di kedai makan, serius kalau dapat kopi yang tak best, rasa masa tu je la.. Masuk office balik, terus rasa ngantuk semula.. Maksudnya kopi tu tak kaw!

Setakat ni ada beberapa sahaja yang 'kena' dengan Eraz.. Antaranya ialah Kopiko L.A.Coffee.. Kopiko L.A.Coffee memang terbaik setakat.. Tapi disebabkan ia instant, so dinasihatkan jangan ambil selalu la.. Tak baik untuk kesihatan juga kan.. Eraz memang banyak stok, tapi akan buat bila perlu je.. Tambah-tambah kat office.. Lepas Kopiko L.A.Coffee tu, cuba beralih untuk dapatkan stok Alicafe.. Kenapa? Sebabnya ada campuran Karamel.. Tapi mungkin tak repeat beli la.. Sekadar habiskan stok yang ada..

Sekarang? Nampak iklan kat TV pasal Kopi Tarik dari Wonda.. Errmmm.. Nampak macam menarik je.. Ada sekali tu kat 7E jual RM 1 kot.. Manarik apa dapat harga RM 1.. Terus la grab.. Penggemar kopi kan.. So nak try la.. Eh! Best juga.. Serius leh repeat beli.. So lepas pada tu, beli satu pek yang ada 4 botol.. Disebabkan jenis air dalam tin, terpaksa la beli sikit-sikit kan.. So siapa kat sini pernah try? Ini gambarnya yang Eraz pernah publish kat instagram..


Apa-apa pun, minum apa-apa pun sebenarnya akan ada kesan kepada kesihatan peminum.. Tapi dengan mengawal kuantiti, insyaallah dapat dielakkan.. Jadi berpada-pada la ya.. Kalau boleh jangan jadikan habit atau ketagih.. Mungkin sekarang kita tak nampak kesannya tapi kemudian kita tak tahu kan.. Eraz sendiri memang elak untuk menjadi seorang yang ketagih.. 

4 comments:

  1. cik nor kalau minum coffea confirm xleh tdo..:)

    ReplyDelete
  2. Samaaaaaaa!!! Ganti jenama "N" .... Kopiko LA Coffee dengan Wonda Coffee ni memang serious tak sakit perut kan...! Kopiko LA Coffee tu memang serious berjaga malam..haha!

    ReplyDelete
  3. Hoho....memang gila la coffee skunk ni..padahal masa peknen dulu bau kopi ni memang tak leh bau...haha

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.