Sunday 23 October 2016

Elly Mazlein | Gegar Vaganza 3

Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni buat entri pada Elly Mazlein la pulak! Bukan pasa isu peribadi dia.. Kita lupakan yang itu.. Kes itu korang fikir sendiri la.. Tapi Eraz lebih tertarik nak cerita pasal penglibatan dia dalam Gegar Vaganza Musim 2016 ni.. Elly memang dah lama giler tak menyanyi kot.. Tapi lepas sunyi sebagai penyanyi, dia aktif sebagai pelakon sehinggalah stop sekejap sebab pregnant dan bersalin.. Sekarang ada nampak dia aktif semula tapi mungkin slow sikit sekarang sebab rezeki Elly dapat masuk dalam Gegar Vaganza 3..


Masa tahu nama dia tersenarai, mungkin ianya salah satu rezeki yang Allah aturkan kepada beliau dan anak setelah berpisahkan.. Lagu yang memang popular untuk Elly ialah Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan.. Lagu tu juga la Elly perform masa Konsert Pertama Gegar Vaganza musim terbaru ni.. Memang best kan lagu tu dan masa Elly perform hari tu, feel terlebih kot.. Ada rasa macam dia sendiri nak nangis.. Alhamdulillah masih berjaya meneruskan perjuangan ke Minggu kedua..

Tup-tup untuk Konsert kedua nanti, Elly dapat lagu Ziana Zain.. Berpisah Jua tu.. Mampu ke Elly? Rasanya dalam banyak-banyak persembahan yang dinanti, persembahan Elly Mazlein salah satu yang akan dinanti ramai.. Ya la, semua orang nak tahu kemampuan dia kan.. Macam Siti Nordiana musim kedua dulu, Minggu kedua terus dapat lagu Ziana Zain juga, Madah Berhelah.. Ramai yang menanti dan akhirnya dipuji oleh Tok Ram masa tu.. Turn Elly ni kena tunggu malam ni la.. Hehe..

Lepas dengar persembahan Elly masa konsert pertama hari tu, terus teringat satu dua lagi dia yang lain lagi.. Rasa macam best juga.. Terus search di Youtube untuk dengar.. Rupa-rupanya bukan satu dua lagi je yang best.. Banyak lagi kot.. Lagu pertama dia Sutera Kasih, Biar Pilu Ada Penawarnya, Tega, Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih, Bungaku Bakawali, Bicara Kasih, Pendita Penipu dan terbaru tahun 2013 ialah Sabarlah Hati..

Mungkin Elly salah seorang peserta 'underdog' Gegar Vaganza kali ni, siapa tahu kan.. Sama seperti peserta tahun lepas Haiza dan Siti Nordiana.. Haiza berjaya je final dan Siti Nordiana menjadi juara.. Apa-apa pun, akan terus support Gegar Vaganza 3.. Sebenarnya sebab utama tengok Gegar Vaganza ni kerana aksi Nabil Ahmad dan Jihan Muse.. Dan layanan Tok Ram terhadap lawak mereka.. Itu sebab utama..

3 comments:

  1. Kan.. tak sabar nak tonton konsert kedua pada malam ni

    ReplyDelete
  2. Wahhhh...bukan nak tengok penyanyi...tapi pengacaranya...hebat la depa kalp lagu tu . Hihi

    ReplyDelete
  3. Wahhhh...bukan nak tengok penyanyi...tapi pengacaranya...hebat la depa kalo lagu tu . Hihi

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.