Monday 6 June 2016

Setelah Seminggu Bersawang


Assalamualaikum w.b.t.. Selepas seminggu, akhirnya entri baru muncul juga.. Kenapa sampai seminggu tak de entri ni wei? Tuan punya blog pun agak frust sebenarnya.. Tapi disebabkan ada hal yang memang tak dapat nak dielakkan, memang tak sempat nak hasilkan entri sepanjang masa berkenaan.. Masuk je kerja pada hari Isnin tu, terus datang kerja urgent yang perlu di buat..

Isnin tu pula dapat tahu yang wife kena ke Penang.. Bertambah benda kena fikir.. Minta wife try adjust supaya elak ke Penang dan datang Selasa, memang sah wife perlu ke Penang.. So! Ke Penang tu dah kena pergi esoknya, Selasa.. Jadinya hari Isnin tu kena la stay back untuk siapkan kerja urgent dan important sebelum ke Penang hari Selasa dan pulang hari Jumaat.. Tiga hari kan.. Juga isnin la juga nak p service kereta kan.. Kasi lancar sikit..

Bermula Rabu, dari pagi memang sibuk siapkan semua barang wajib sebelum bertolak.. Lepas tu, bila dah drive, memang tak sempat la nak main hp ke apa kan.. Tahu la jalan dari Kota Bharu ke Penang camne kan.. Sampai Penang dah hampir pukul 8.00 malam.. Alhamdulillah..

Khamis bermula tugas-tugas di Penang dah berakhir sampai hotel hampir-hampir Maghrib.. Malam, keluar makan dan jalan-jalan la sikit kan.. Hehe.. Jumaat? Mula la bertolak balik ke Kota Bharu.. Sabtu Ahad sambung cuti dengan aktiviti kemas rumah, ada kenduri, balik kampung belah Eraz dan macam-macam.. So itulah salah satu sebab blog erazfadli[dot]com ni bersawang selama seminggu.. 

So! Hari ni, bermula aktif semula la.. Buat kerja dulu.. Nanti kita datang balik..

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    sebenarnye,banyak perkara nak share kan?tp..maklumlah,keadaan masa x mengizinkan.terikat dgn kerjaya dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.standard la tue.

    saya lagi la..setahun lebih x update.kekok gak la nak buat comeback.belasah je la.cuma sekarang nie baru aktif semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe, dah mula menulis semula tu, insyaallah akan ok.. :)

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.