Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 25 June 2016

Masih Setia Dengan Botol Susu MAM

Assalamualaikum w.b.t.. Bila dengan Lazada buat sale Raya dan dah tiba masanya kami kena tukar botol susu Adam, teruslah Eraz ke laman web Lazada.. Tengok-tengok memang ada sale.. Tak sure sejauh masa murahnya.. Hehe.. Tapi sebab ada plus diskaun kalau guna kad kredit Maybank, rembat saje lah.. Harap-harap sempat la sampai sebelum raya..


Kalau sebelum ni Adam guna yang 160 ml je, tapi sekarang kami upgrade kepada 260 ml.. Warna tetap sama, warna favourite Papa Eraz, biru.. Haha.. Dan semestinya setia dengan jenama MAM sebab pada kami, walaupun sedikit mahal, ianya banyak memberi kelebihan berbanding brand lain.. 

Memang bermula dari Zara lahir lagi kami gunakan jenama MAM.. Lepas Adam lahir, kami setia juga dengan MAM.. Tambah Adam ni ada perangai lain sikit dari kakak.. Ada ketika, walaupun dia tak hisap susu betul-betul, dia suka letakkan botol susu dengan putingnya dalam mulut.. Duduk sambil tengok tv.. So untuk mengelakkan Adam hisap angin yang boleh menyebabkan kembung perut, botol susu MAM la penyelesaiannya.. Alhamdulillah, setakat hari ini, Adam dengan kakak Zara memang tak pernah kembung perut.. Alhamdulillah..

Kenapa macam tu? Sebabnya botol susu jenama MAM ni model yang ada rongga-rongga atau lubang di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu.. Jadi ianya tidak akan mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol.. Sekian untuk penjelasan.. Dah macam review berbayar je.. Haha.. 

#Bukti kesetiaan Eraz pada jenama MAM? Klik SINI..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.