Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 19 June 2016

Selamat Hari Papa !

Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Hari Bapa kepada semua pembaca blog erazfadli.com! Untuk Eraz, alhamdulillah, ini tahun ke 3 ke 4 tahun bergelar bapa selepas berkahwin berkahwin pada tahun 2011.. Selepas berkahwin, bukan terus dapat bergelar bapa tetapi ada mengharungi pelbagai cabaran dan perasaan juga.. Bunting pelamin tu ada tetapi Allah pinjam sekejap sahaja kepada kami untuk memberikan keyakinan supaya berusaha lebih untuk menjadi ibu bapa..


Alhamdulillah bulan Julai 2013 setelah dua tahun bergelar suami, puteri kami. Zara lahir kedua.. Perasaan memang tak dapat digambarkan masa.. Al-maklum la anak sulung.. Then alhamdulillah, lepas dua tahun, Adam pula hadir.. Sekarang Zara dah bergelar dan nak masuk sekolah dah manakala Adam dah nak dapat berjalan lancar.. Pengorbanan?

Bagi sesesiapa dah alami, for sure tahu.. Tanggungjawab kan.. Baru la faham macamana kuatnya insan bergelar bapa dalam kehidupan seharian bergelar lelaki, bapa, abang, adik, kawan, pekerja dan lain-lain.. Tahap mana sakit kepala tu, anda sajelah yang tahu.. Apa yang difikirkan, anda juga la yang tahu.. Apa-apa pun, Selamat Hari Bapa sekali lagi kepada semua!!

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.