Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 9 June 2016

Tepatkan Percaturan Ambil Perlindungan Prudential BSN Takaful

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya sebelum berkahwin, memang tak de fikir pun nak dapatkan perlindungan untuk diri sendiri.. Kebetulan pula tempat kerja sekarang memang dah ada perlindungan untuk staf iaitu AIA.. Kira nak pergi klinik, tak kena bayar dah.. Nak pergi hospital swasta terpilih pun ok dengan AIA walaupun tak pernah guna kan.. Bila dan kahwin, wife pun ada kelebihan dia untuk kebajikan perubatan melalui tempat dia kerja..

Tapi sejak dua menjak lepas tu, terfikir nak ambil perlindungan untuk diri sendiri, wife dan dua anak tersayang tu.. Rasa macam perlu pulak.. Ya la, mana la tahu kan, kot-kot berlaku apa-apa yang tidak diingini.. Malang tu tak berbau.. Kawan zaman sekolah dulu ada seorang yang jadi pengurus kewangan Prudential BSN Takaful ni.. Pernah la bincang dengan dia.. Tapi lepas pada tu, berkobar-kobar tu hilang untuk mulakan.. Hehe.. Kebetulan pula kawan sekolah tu tinggal jauh dari Kelantan..

Tup-tup awal tahun ni ke hujung tahun lepas kalau tak silap, lepas bincang dengan wife, tengok-tengok perbelanjaan bulanan, rasanya perlu kot kami mulakan.. Kira nak ambil satu family.. Sebab nak bincang dengan lebih detail bersemuka, Eraz dan wife decide panggil seorang lagi kawan dari matrix dulu datang.. As usual, jumpa di kopitiam la.. Discuss-disscuss tengok bajet pada masa tu, ok la.. Mungkin boleh proceed ni..

Dan alhamdulillah, kami selamat selesai dapatkan perlindungan dengan Prudential BSN Takaful.. Eraz paling tinggi sebab kepala kan.. Wife rendah sikit je.. Anak-anak dua-dua ambil juga yang plan RM 100 ++.. Termasuk untuk pendidikan mereka nanti.. So dapatlah kad di bawah ni..


So sampai sekarang memang diteruskan macam biasa.. Kalau dicampurkan keempat-empat individu yang dilindung, total RM 700 ++ juga.. Harapnya kewangan kami maintain setiap bulan untuk cover perlindungan ni.. Kalau fikirkan perbelanjaan, memang tak nak lagi kot.. Tapi bila fikirkan anak isteri, pengorbanan sebagai ibu bapa tu kena ada.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.