Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 30 June 2016

Bila Salah Tempat Main Mercun

Assalamualaikum w.b.t.. Bila musim bulan Ramadhan, bermulalah episod bunyi mercun, berita tentang budak itu, budak ini akibat mercun.. Itu pun dalam kerajaan haramkan mercun.. Kalau kerajaan tak haramkan, lagi banyak dan lebih takut kot mendengar berita dan pencemaran bunyi tu.. Ini minggu depan dah nak raya, lagi bertambah-tambah bunyi mercun ni.. 


Dah baca status FB di atas? "Kenapa anak jiran ni tak main mercun depan rumah dia ya.. Kenapa perlu main mercun depan rumah jiran sebelah dia iaitu rumah aku?".. Semalam tiba-tiba selepas berbuka puasa, ada anak-anak jiran main mercun betul-betul depan pagar rumah kita.. Situasi tu macam pelik la sikit sebabnya ..

Sebabnya kalau ditengokkan kawasan depan rumah dia clear je.. Takde pulak orang parking kereta ke, tong sampah ke, meja kerusi ke.. Tapi tiba-tiba main mercun depan pagar rumah kita.. Dah la kereta dekat je dengan pagar tu kan.. Kalau nasib tak baik macam mana? Minta jauh..

Itu baru kali pertama.. Kali kedua tak pasti lagi la tu akan berulang ke tidak.. Peranan ibu bapa memainkan peranan di sini.. Kalau itu arahan mereka, memang tak boleh nak kata apa la.. Salah arahan.. Kalau memang budak-budak tu yang decide, ibu bapa kena main peranan la.. Tak kan la nak tunggu jiran tegur kan.. Wassalam..

1 comment:

  1. apa kata eraz amik mercun baling n main lak depan umah dia heeheee

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.