Tuesday 7 June 2016

Proses Saringan Permohonan Jawatan Kosong Kumpulan Gred 29 USM 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau sebelum ini Eraz pernah buat entri pasal Tarikh Proses Ujian Saringan Permohonan Jawatan Kosong USM 2016 untuk Gred 41, so kali ini berita baik untuk siapa yang mohon Jawatan Kosong Kumpulan Gred 29 di USM samada di Penang atau Kelantan.. 

Kalau untuk jawatan kosong Gred 41 baru ni, semua proses saringan dilakukan di USM Induk, Penang, tapi kali ni katanya ada juga sesetengah dapat panggilan untuk lakukan ujian saringan di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan..

So status samada berjaya atau tidak untuk Proses Saringan Permohonan Jawatan Kosong Kumpulan Gred 29 ke bawah boleh semak di http://erecruit.usm.my/semakanonline/..

Harus di ingat yang kawan-kawan, semakan ini hanya untuk jawatan gred 29 dan ke bawah sahaja juga bagi jawatan yang tidak tersenarai di bawah.. Dikatakan emel makluman lanjut akan dihantar kepada semua calon yang layak.. Boleh lah semak email masing-masing.. Sekiranya tiada, sila berhubung terus dengan pihak kami.. Pihak kami tu merujuk pihak USM.. Maklumat mereka ada di http://erecruit.usm.my/semakanonline/..

Maklumat lain :

Untuk jawatan yang disenaraikan di bawah, Ujian Saringan/Temuduga akan dilaksanakan pada bulan Julai 2016. Sila tunggu makluman selanjutnya dari pihak USM..

1. PEGAWAI PENYELIDIK, GRED Q41, Q43/44, Q47/48, Q51/52, Q53/54
2. PEGAWAI SAINS C41

Untuk jawatan yang disenaraikan di bawah, tiada ujian saringan akan dilaksanakan.. Calon yang telah mendapat makluman SMS akan terus dipanggil ke sesi temuduga.. Jangkaan pada bulan Julai hingga Ogos 2016.. Tertakluk kepada perubahan.. Sila tunggu makluman selanjutnya dari pihak USM..

1. PEGAWAI FARMASI UF41/UF44/UF48/UF52/UF54
2. PEGAWAI OPTOMETRI U41
3. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
4. PEGAWAI PERGIGIAN UG41/UG44/UG48/UG52/UG54
5. PEGAWAI PERUBATAN, GRED UD43/UD44/UD47/UD48/UD51/UD52/UD53/UD54
6. JURURAWAT U29
7. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
8. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
9. JURUTERAPI PERGIGIAN U29
10. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
11. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
12. PEREKA B29
13. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19




Good Luck semua!

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.