Monday 19 March 2012

Berita Pagi : Pengantin Kena Tetak?

Kepada bakal-bakal pengantin baru, berhati-hati lah bila tiba masa majlis korang sampai.. Terutama sekali  yang melibatkan barang kemas dan wang hantaran.. Kalau boleh guna cek, better guna cek.. Kes di bawah aku ambil dari paper Harian Metro hari ni..


PORT DICKSON: Suasana meriah sebuah keluarga yang membuat persiapan majlis perkahwinan di Kampung Kuala Lukut, di sini, kelmarin, bertukar huru-hara apabila diserang dua penjenayah bersenjatakan parang yang menyamun barang kemas serta menetak tiga individu termasuk pengantin lelaki.

Kejadian ngeri kira-kira jam 6 pagi itu mengakibatkan pengantin lelaki, M Ruben, 29, bersama abang dan adik perempuannya berusia 20 dan 30-an cedera parah manakala rantai leher ibu mereka berharga kira-kira RM40,000 dilarikan.
Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa dan keluarganya sedang membuat persiapan upacara perkahwinan sebelum rumah mereka diceroboh dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Menurutnya, kedua-dua suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengantin lelaki sebelum cuba dihalang abang serta adik perempuannya yang turut berada di lokasi kejadian.

“Penjenayah itu seterusnya nekad menetak pengantin lelaki hingga cedera di kedua-dua tangan, kaki dan perut manakala abang serta adik perempuannya cedera di bahu kanan juga akibat ditetak,” katanya di sini, kelmarin.

Sumber : Harian Metro

4 comments:

  1. bahaya betul skrang ni.. x kira siapa jd mangsa.. hurm...

    ReplyDelete
  2. kena lebih berhati2.. dh byk kes berlaku...

    ReplyDelete
  3. kena lebih berhati2.. dh byk kes berlaku...

    ReplyDelete
  4. ish kejam nye orang zaman niyhh . wat orang takot~~

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.