Sunday 25 March 2012

Hari ini Hari Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya




Gambar kredit to : Kisah Farah Alias.. Boleh klik pada gambar untuk ke blog Farah Alias..

" Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi.
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia. Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini. "

Info dan gambar ini aku pinjam daripada Kisah Farah Alias.. Jom terjah blog Farah Alias untuk info penuh!! Klik Farah Alias.. 

Nota Kaki dari Aku : Bukan diaorang dah buat persediaan ke untuk berkahwin? Tak kan baru nak melamar.. Artis.. Drama astro ke ni? Cuma nak gtau apa yang bermain dalam minda je.. Apa2 pun, aku tetap suka lakonan Scha sebelum dan selepas kawen!! haha..

Entri menarik yang perlu korang terjah :

1 comment:

  1. sya pun heran,,bkn dok heboh ka kata nak kahwin,,tak kan hari ni baru nak lamar kan,,belakon je kot ni,,

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.