Sunday 25 March 2012

Siti Nurhaliza vs Nicholas Saputra

Korang tahukan Nicholas Saputra pernah menjadi model dalam klip video Debaran Cinta? Kalau siapa-siapa yang belum tahu, boleh layan klip video di bawah.. 

"Debaran Cinta", single ketiga dari album Siti Nurhaliza, E.M.A.S. Lagu ciptaan Zuraini dan Faridah A. Razak. Lagu tersebut merupakan sebahagian dari mempromosikan syarikat TM NET di mana muzik video Debaran Cinta telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat terbabit dan turut menampilkan bintang filem Indonesia, Nicholas Saputra.



Info tentang album E.M.A.S yang membawa maksud Edaran Muzik Aspirasi Semasa..

E.M.A.S merupakan album ke-9 Siti Nurhaliza. Album ini telah terjual melebihi 200,000 unit. E.M.A.S juga sering dikaitkan dengan TMnet kerana Siti Nurhaliza telah bekerjasama dengan TMnet sebagai duta produk, dan TMnet terlibat dalam pembikinan beberapa buah video klip di dalam E.M.A.S, termasuk "Ku Milikmu", "Debaran Cinta", "Bukan Cinta Biasa" dan "Sebenar Cinta". Lagu "Untuk Selamanya" terpilih sebagai lagu tema untuk filem Laila Isabella. Dari segi anugerah, album E.M.A.S menang Album Malaysia Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia 2003 dan menang Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita), Album Pop Terbaik dan Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 2004..

Entri menarik yang perlu korang terjah :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.