Saturday 20 May 2017

Bila Hari Raya Aidilfitri Jatuh Hari Ahad

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum yang Raya Aidilfitri tahun 2017 ni jatuh hari Ahad kan.. So kalau di Kelantan, cuti hanya Ahad dan Isnin je la.. Kalau HR tak umum Selasa cuti, Selasa dah mula kena buka office.. So kena lah bergilir kerja walaupun di hari raya ketiga.. Teringat zaman bujang dulu, memang takde masalah sangat la bekerja di hari raya ketiga.. Tapi dah kahwin ni, kebetulan pula kampung wife di Terengganu, so memang susah sikit la nak kerja hari ketiga, keempat dan kelima.. Hehe..

Bila fikir kena masuk kerja awal dan susah nak atur cuti, Eraz sendiri berpendapat, baiklah kerja sampai hari terakhir puasa dari kerja bermula Hari Raya ketiga.. Hehe.. Tapi itu Eraz la yang kerja dekat dengan kampung sendiri.. Tapi bagi yang bekerja diperantauan, kena la ambil awal sehari at least nak bagi sampai sehari sebelum raya atau malam raya..


Bila Hari Raya Aidilfitri Jatuh Hari Ahad.. Itu masalahnya kalau staf tak ramai.. Hari Raya kot.. Ada yang nak bersama family, ade yang balik kampung jauh2 kan.. Jadual cuti belum start bincang lagi.. Biasanya pada awal puasa baru bincang.. Eraz sendiri paling tidak kena cuti sampai Raya kelima sebab plan ke Terengganu pada Hari ketiga hingga kelima.. Esoknya terus kerja, insyaallah ok la.. Tak sanggup dah nak sambung cuti sedangkan ada staf yang dah mula bekerja pada Hari Raya ketiga kan..

Korang macamana? Kalau bukan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor, korang kena kerja bermula hari apa? Maksudnya office buka paling awal bila? Cuti korang macamana? Jangan stress2 ya.. Mesti ada dikalangan korang yang kena kerja Hari Raya ke tiga.. Sebabnya baru dah nampak satu status di FB katanya Raya Kedua dah kena bertolak dari kampung sebab esoknya kerja.. Sabar la ya..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.