Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 8 November 2016

Zara & Adam | Selepas 2 Minggu Kuarantin


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, selepas lebih kurang 2 minggu anak-anak di kuarantin di rumah, semalam mereka dah mula ke nursery.. Dalam masa tu, kami sebagai Papa dan Mama ni terpaksa la bergilir cuti.. Bila lagi nak bekorban demi anak-anak kan.. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tu, takde isu yang bangkit di tempat kerja dan dapat cuti jaga anak dengan baik.. Memang tak keluar mana-mana sampai nampak Adam dah bosan kat rumah.. Itu masa dia dah ok la.. Kenapa?

Zara dan Adam dua-dua kena Chickenpox.. Sebelum Zara & Adam kena, sepupu diaorang kena dulu.. Dan sebelum sepupu diaorg yang kena, budak-budak nursery lain yang kena dulu.. So kesimpulan yang kami buat, memang terkena jangkitan di nursery la.. Masa tengah kemuncak, memang kesian la tengok anak-anak.. Mula-mula sekali Zara yang kena.. Zara ni dah besar sikit, bila dia tengok kat badan ada butir-butir dan sesuatu yang sebelum ni tak de, memang dia rasa takut..

Mula la nak mandi pun di takut.. Risau.. Nak makan tu memang tak de selera la.. Tidur je la masa tu.. Memang masa tidur dia lebih dari biasa.. Ada ketika dia bangun meragam.. Ya la.. Siapa yang tak sakit naik Chickenpox kan.. Satu badan tu terkesan.. Betul tak? Ini kan lagi budak.. Itu Zara.. Then Adam kena lepas Zara..

Adam ni maybe dia tak tahu sangat apa yang ada kat banda dia.. So nak mandi takde masalah la.. Cuma meragam tu ada.. Tak makan dan minum susu dengan banyak selama dua hari sebab Adam extra sikit.. Ada ulser dalam mulut.. Kesian giler tengok anak-anak.. Bila mereka dah ok ni, syukur alhamdulillah sangat-sangat.. Lega.. 

Parut-parut pun dah nak hilang.. Itu kanak-kanak.. Ramai yang kata, better kena Chickenpox masa budak-budak.. Kulit pun tak de la berbekas sangat.. Parut senang hilang.. Tapi kalau orang dewasa yang kena? Daripada apa yang Eraz google, memang seksa.. Adakah orang seterusnya kena Chickenpox ni Eraz? Alamak..

7 comments:

  1. Alhamdulillah...kembali ceria ya :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,
    harap2 tak berjangkit ler kat papa diorang,
    huhuhu,
    memang susah nak ilang parut tue,
    tambahan kita plak kerja,
    bertimbun masalah nnti.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. dua2 dah beransur sihat dah

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.