DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 28 November 2016

#THROWBACK 03.11.2016 | Chickenpox Di Umur 30-an?

Gambar Hiasan
Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni kita nak buat entri #throwback pada awal bulan November 2016 yang lepas iaitu bermula pada Rabu, 03.11.2016.. Sebenarnya pada hari Selasa, 02.11.2016, Eraz sendiri dah hari demam, tak larat nak pergi kerja dan ada munculnya beberapa butir berisi air di perut, leher dan belakang badan.. Tapi gagahkan diri sebab ada perkara penting kena siapkan.. Lagi pun esoknya, Rabu dah apply cuti ganti untuk rehat.. Larat tak larat, teruskan juga buat kerja walaupun badan tak best..

Kalau #throwback ke entri INI, kedua-dua anak Eraz iaitu Zara dan Adam kena Chickenpox.. Dua minggu lebih jugak kot mereka tak pergi sekolah.. Kami berdua bergilir-gilir cuti jaga mereka sampai la mereka sembuh 100%.. Dalam kepala masa tu, masih confius samada aku ni dah kena ke belum Chickenpox masa kecik.. Serius lupa.. Ma Abah pun tak sure.. Wife memang yakin dah naik.. Masa awal-awal anak-anak kena Chickenpox, doktor dan beritahu kalau tak kena lagi, mungkin boleh berjangkit tetapi bukan sekarang sebab Chickenpox mengambil masa dua ke tiga minggu baru akan muncul..

Dan terbukti betul kata doktor, selepas dua ke tingga minggu anak kena Chickenpox, Eraz pula kena.. Adoi.. Risau juga ni kan sebab kalau google, memang teruk kalau orang dewasa tambah-tambah berumur 30-an kena Chickenpox.. Chickenpox pula ada macam-macam serangan.. Ada yang biasa, ada yang naik seluruh badan dan ada yang tertumpu pada kawasan tertentu dengan banyak serta sedikit di tempat lain..

Jadi bila dah cuti Rabu, 03.11.2016 terus la ke klinik sebab butir-butir berair tu dah banyak.. Doktor sahkan memang kena Chickenpox.. Badan panas a.k.a demam mencapai suhu badan 39 lebih.. So dapat MC dulu 2 hari.. Eh! Dua hari je? MEmang prosedur klinik tu kot.. Bagi sikit-sikit.. Abaikan.. 

Nak jadikan cerita, Chickenpox ni memang menyerang hebat di bahagian atas badan terutama di kepala dan mukan serta mulut.. Sampai penuh dalam mulut.. Bila dah penuh dalam mulut, memang susah nak makan.. Bila susah nak makan, penyakit lama iaitu gastrik datang la kembali.. Memang sampai tak boleh nak bangun.. Kategori gastrik terlampau.. Kesian wife kena jaga suami dan anak-anak lagi dalam masa yang sama kan.. Bila dah teruk sebab sampai memang mengerang sakit perut, wife dah risau dan suggest ke hospital.. 

Tapi Eraz delaykan sikit untuk tengok keadaan esok.. Sekali bertambah teruk dan terpaksa la ke hospital.. So cerita #THROWBACK Khamis, 04.11.2016, Eraz akan cerita next entri ok..

Muka memang aset utama Eraz.. Kalau nak naik Chickenpox, faham-faham la kesannya macamana kan.. Tapi disebabkan oleh sakit gastrik tu terlampau, dah lupa semua tu.. Huhu.. Tunggu cerita selanjutnya untuk entri seterus.. Sampai masuk wad di KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu.. Dahsyat serangan Chickenpox pada Eraz.. Dalam sejarah.. Family memang terkejut.. 

#Wait for the next entry

4 comments:

  1. lewat juga kena ya...MV dulu masa sekolah lagi dah kena...ada kawan tue masa form 5 kena terus muka rosak,,,si eraz kena jaga muka lepas ni ,,,

    ReplyDelete
  2. ye lorrr nory pon kena tahun lepas, diusia lewat 20-an...lama nya nak hilangkan kesan parut tu...nak keluar urmah pon segan..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Pernah kena gak... 2 kali.. :-)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.