Thursday 24 November 2016

Kenapa Gegar Vaganza 2 Lagi Meletup Dari Gegar Vaganza 3 ?

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya sejak Konsert Gegar Vaganza Minggu 5 lagi, Eraz nak buat entri ni.. Tapi disebabkan ada masalah kesihatan yang tak mengizinkan sampai warded dibuatnya, entri-entri dalam kepala terpaksa dibekukan sehingga semuanya ok.. Semasa pengumuman lagu-lagu yang akan dinyanyikan untuk Konsert Gegar Vaganza Minggu 6, semua ok sehinggalah ada artis membuat penukaran lagu lain.. Pihak Produksi bagi lagi dangdut, tapi tukar ke lagi Rock.. Ok, mungkin ada sebab.. 

Tapi isu ni berlaku lagi pada hujung Konsert Gegar Vaganza Minggu 6 selepas paparan lagu-lagu yang mereka akan bawa ke minggu Separuh Akhir.. Isu dapat lagu sendiri tak de isu sangat tapi bila ada isu penyanyi minta tukar lagu, kira macam tak best la kan.. Ini pertandingan kot.. Kalau dapat lagu yang mencabar, sahut la kan.. Nama pun pertandingan.. Isu-isu macam ni takde pun masa di Gegar Vaganza 2 dulu.. semua lagi yang ditugaskan semua akan dinyanyikan oleh mereka..

Terlalu banyak drama dalam Gegar Vaganza 3 sampaikan imej pertandingan rasa macam isu No.2.. Drama dah jadi No.1.. Kalau korang follow betul-betul, banyak isu dah berjaya timbul.. Tersebarnya gambar tak siap.. Isu tak puas hati artis yang tak dapat masuk (walaupun tak patut di war-war).. Isu artis tukar lagu dangdut kepada Rock.. Isu beberapa penyanyi tukar lagu pilihan pihak media.. Isu peserta tarik diri.. Macam-macam.. 

Kenapa Gegar Vaganza 2 lagi meletup pada Eraz? Sebabnya mereka menyahut cabaran dengan sempurna.. Tengok la lagu-lagu yang mereka dapat, terutama Siti Nordiana.. Kita tak jangka pun di boleh bawa lagu tu, tapi berjaya bawa sehinggalah menjadi juara.. Tak sangka kan dia akan menjadi juara.. Tapi disebabkan satu pertandingan dan dia menyahut cabaran, alhamdulillah menjadi rezeki dia..


Kalau kita tengok senarai lagu Gegar Vaganza 3 ni, macam banyak yang play safe je.. Tak pe la, ini hanyalah pendapat seorang penonton ya.. Seorang individu.. Takde pun nak menjatuhkan sesiapa.. Sebab tu la kot, Gegar Vaganza 3 ni kekal 8 minggu tak sama macam Gegar Vaganza 2 daripada 8 minggu, di tambah ke 9 minggu disebabkan oleh kehangatannya..


4 comments:

  1. gegar avaganza 2 tak tengok sngt, tahun ni baru nak tengok sebab ada banyak artis feveret masuk. kalau ikut kata kawan saya yg ikuti perkembangan GV2 ada sorang peyanyi yang nyanyi lagu sendiri tapi tak heboh macam tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi masa tu tak nmpk sgt.. Ini mcm nampak sangat 'drama' tu.. :)

      Delete
  2. Fiza pun suka GV2 , lagu-lagu mencabar dan best! kena dengan jiwa. Drama pun tak banyak sangat.hihi. Tapi yang paling penting sebab ada Siti Nordiana !

    ReplyDelete
  3. Betul tu.GV 3 banyak lagu yg mudah artis tu bawak.Pastu imuniti bagai..Feduplah!!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.