DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 7 November 2016

Elly Mazlein Tarik Diri Atau Tersingkir Dari Gegar Vaganza 3

Assalamualaikum w.b.t.. Disebabkan bermula dari Minggu Pertama Gegar Vaganza 3 dah follow persembahan Elly Mazlein, seriously rasa sikit frust bila Elly diumumkan tersingkir malam ni.. Keputusan untuk Minggu Ke-4 Gegar Vaganza 3 ni macam dah terbalik.. Yes memang betul berdasarkan persembahan mereka semua tapi semua terbalik..

Sarah, Zarul dan Azharina yang biasa Top 3 dah menjunam jatuh ke kawasan bottom.. Mungkin persembahan mereka memang tak 'berjaya' kot.. Hanya juri profesional sahaja yang tahu.. GMie, Ameng naik ke Top 2.. Intan Sarafina naik Top 4.. Sarah dan Azharina dah masuk bottom 3.. Tapi malangnya Elly Mazlein tersingkir.. 

Dan yang peliknya, kena masa nak mengumumkan tersingkirnya Elly Mazlein tadi, Jihan Muse terutamanya nampak macam tak terkata.. Terkejut.. Elly pun sempat berbisik dengan Nabil atas pentas.. Juri juga nampak macam tak sangka.. Zur Eda juga nampaknya tertanya-tanya pada Elly.. Paling ketara ialah Jihan Muse.. Memang dia terkejut dengan keputusan itu.. Rupa-rupanya :


Rupa-rupanya, Jihan Muse akan reply komen di IG dia menyatakan sepatutnya tiada penyingkiran.. Tetapi Elly Mazlein tarik diri.. Alamak.. Patut la ramai yang pelik akan keputusan penyingkiran Elly Mazlein.. Ruginya Astro kalau benarkan sebabnya Elly salah seorang yang menaikkan rating Gegar Vaganza 3 kali ni..

Kalau baca di twitter, memang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan Elly Mazlein, Astro dan sewaktu dengannya la.. So kita tunggu je la apa penjelasan Elly Mazlein sendiri dan Astro.. Harapnya Elly Mazlein di serap semula kerana dia bukan tersingkir tetapi tarik diri.. Fuh! 


Sumber dari IG Dato' Seri Vida yang interview Elly Mazlein, Elly sedih sebab komen Dato' Ramli MS.. Katanya Elly tak nak belas kasihan selagi dia berada di Gegar Vaganza 3.. Komen Dato' Ram tu mungkin universal.. Mungkin dia tak maksudkan macam tu.. Entahlah! Ada masa yang sama, ada sumber memaklumkan bahawa Elly semangnya mendapat markah terendah.. Kalau betul tak de penyingkiran minggu ni bab kata Jihan Muse, kalau Elly tak mohon tarik diri, mesti dia masa terselamat kan.. Tunggu je la kenyataan rasmi dari Astro..

11 comments:

  1. Terkejut gak dengan keputusan elly tu. Mungkin akan ada penjeladan nnt daripada kedua-dua pihak..

    ReplyDelete
  2. mmg xley terima,ramai yg sokong elly..at FB pon ramai yg post status frust menonggeng,termasuk LA aku...😢😢

    ReplyDelete
  3. dia terasa kot ..sebab datuk ram cakap dia ada jiwa tapi teknik takda

    ReplyDelete
  4. Nak buktikan dia terbaik macamana kalau Juri secara terang dalam siaran langsung awal2 dah memberi komen seolah mereka akan cuba usahakan markah "ehsan" kepada Elly....?? Ini sudah tentu akan memberi pandangan tidak elok kepada Elly dari mata peserta lain, industri dan masyarakat...!! Katakan kalau dia berjaya masuk final pasti akan ada suara2 sumbang mengatakan itu adalah hasil dari markah "ehsan" juri dan sebagainya. Saya menyokong tindakan Elly demi menjaga maruah diri dan maruah kareer beliau. Pada pandangan saya, tak perlu lah juri memberi komen dengan menggunakan perkataan2 tidak profesional seperti "markah ehsan" dsb.

    ReplyDelete
  5. Hi,saya singgah sini n follow.. :)

    ReplyDelete
  6. singgah sini.. sedih jugak pasal dia keluar GV3..

    btw jemput join

    http://www.aerillhassan.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html

    ReplyDelete
  7. Elly ni jiwa lembut dan mudah terasa.Komen dato ramli memang nampak x biasa2 tp mendalam.Kalau fida pun sedih.Boleh pulak kata..marka ihsan juri je

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.